Audio

Make sure you have at least Flash Player 7. If not,please download.

Sedang Online

We have 9 guests online

Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday77
mod_vvisit_counterYesterday229
mod_vvisit_counterThis week770
mod_vvisit_counterLast week1467
mod_vvisit_counterThis month2237
mod_vvisit_counterLast month6275
mod_vvisit_counterAll43588

Online (20 minutes ago): 10
Your IP: 38.107.191.88
,
Now is: 2010-03-11 04:45
Home Zawiyah
Zawiyah
Pengenalan Tentang Zawiyah PDF Print E-mail
Nurul Iman - Zawiyah
Written by Administrator   
Tuesday, 30 June 2009 14:01

Zawiyah
Zawiyah bermaksud tempat perhimpunan, tempat beribadat, bermuzakarah, berzikir, bersuluk dan menjalankan aktiviti-aktiviti golongan sufi.
Madrasah
Madrasah adalah tempat pengajian ilmu-ilmu syariat.

Zawiyah dan Madrasah maksudnya sama tetapi zawiyah lebih menjurus kepada nama tempat beribadat untuk orang-orang sufi, manakala madrasah adalah tempat pengajian ilmu-ilmu syariat dan tempat aktiviti-aktiviti ibadah yang lain.
Zawiyah Syeikh Mahmud
  1. Zawiyah Nurul Iman, Ajyad Mekah Al-Mukarramah
  2. Zawiyah Nurul Iman Hulu Langat, Selangor
  3. Zawiyah Nurul Iman Sungai Mas, Kota Tinggi, Johor
  4. Zawiyah Nurul Iman Kampung Neting, Tumpat, Kelantan
  5. Zawiyah Muhyiddin Nurul Iman Asia Bangkok, Thailand
  6. Zawiyah Nurul Iman,  Cirebon, Jawa Barat, Indonesia
Madrasah Nurul Iman
  1. Madrasah Nurul Iman Batu Lima Sik, Kedah
  2. Madrasah Nurul Iman Kok Sira Narathiwat, Thailand
Cawangan Madrasah Nurul Iman
  1. Cawangan Nurul Iman  Lorong Seri, Alor Setar
  2. Cawangan Nurul Iman  Pulau Pangkor, Perak
  3. Cawangan Nurul Iman  Bayan Lepas, Pulau Pinang
  4. Cawangan Nurul Iman  Selancar Satu, Pahang
  5. Cawangan Madrasah Nurul Iman di Lepar Hilir, Pahang
  6. Cawangan Nurul Iman Satun, Thailand

 

Last Updated on Sunday, 05 July 2009 13:30
 
Zawiyah Nurul Iman, Ajyad Mekah Al-Mukarramah PDF Print E-mail
Nurul Iman - Zawiyah
Written by Administrator   
Friday, 26 June 2009 16:57

 

Zawiyah ini dimulakan pada tahun 1981 Masehi dengan menyewa sebuah rumah di Syiab Amir, Mekah. Kedudukan zawiyah hanya 0.7 km daripada Masjidil Haram. Kadar sewa yang dikenakan ialah sebanyak RM10 ribu setahun. Rumah ini boleh memuatkan 25 orang ahli jemaah Nurul Iman yang ingin mengerjakan haji dan umrah pada setiap tahun. Pada tahun 2000 sebuah zawiyah yang baru telah didirikan di Ajyad, Mekah. Kedudukan rumah ini sejauh 1 kilometer daripada Masjidil Haram. Zawiyah di Ajyad ini kemudiannya telah diubahsuai dan dibina kembali menjadi tiga tingkat yang diperbuat daripada batu dan marmar. Kos pembinaan dan pembelian zawiyah yang baru ini mencecah RM120 ribu. Zawiyah itu kini boleh menampung dan menempatkan 40 orang jemaah haji dan umrah pada setiap tahun. Zawiyah ini dijaga dan diuruskan oleh Hj Mohd Kamal bin Hasbullah.

 

 

Last Updated on Sunday, 05 July 2009 13:31
 
Zawiyah Nurul Iman Hulu Langat, Selangor PDF Print E-mail
Nurul Iman - Zawiyah
Written by Administrator   
Friday, 26 June 2009 16:56

zawiyah_34

Zawiyah ini pada permulaannya diasaskan di Batu 12, Gombak pada tahun 1979 Masehi. Haji Mohd Amin yang tinggal berdekatan telah diamanahkan untuk menjaga zawiyah tersebut. Pada ketika itu terdapat lebih kurang 20 orang ahli jemaah yang mengimarahkan zawiyah tersebut. Pada tahun 1986 Masehi, zawiyah ini telah berpindah ke Sungai Long, Hulu Langat, Selangor di atas tanah seluas 3 ekar yang telah diwakaf oleh Haji Zainuddin bin Haji Yusuf. Dengan bertambahnya ahli jemaah, maka pada tahun 1994 Masehi, bangunan zawiyah konkrit 2 tingkat telah dibina. Terdapat lebih daripada 30 keluarga yang menetap di sekitar kawasan zawiyah ini. Kawasan zawiyah telah diperluas lagi pada tahun 2004 dengan pembelian tanah bersebelahan, iaitu seluas 3 ekar. Tanah ini dikhususkan sebahagiannya untuk pembinaan tempat kediaman yang dijangka dapat menempatkan 50 buah keluarga.


Zawiyah ini merupakan zawiyah pusat Nurul Iman di Asia yang sering diziarahi oleh pelawat dari dalam dan luar negara. Zawiyah ini juga menjadi tempat meraikan majlis-majlis keagamaan. Pada penghujung tahun 2007, kerja-kerja penambahan bangunan madrasah dimulakan. Bangunan baru 3 tingkat ini boleh menampung lebih daripada 1,000 ahli jemaah. Pada tahun 2008, kerja naik taraf bangunan madrasah dan pembinaan galeri dibangunkan dengan pesat sempena Majlis Tamat Latihan selama 40 tahun Syeikh Mahmud Al-Majzub pada tahun 2009 .

zawiyah_langat

Last Updated on Sunday, 05 July 2009 14:41
 
Zawiyah Nurul Iman Sungai Mas, Kota Tinggi, Johor PDF Print E-mail
Nurul Iman - Zawiyah
Written by Administrator   
Friday, 26 June 2009 16:56

zawiyah_19

Zawiyah ini bertapak pada tahun 1987 Masehi, di atas sebidang tanah yang diwakaf oleh Cikgu Yusoff bin Md Noor. Zawiyah ini seluas 3 ekar. Zawiyah ini didirikan pada tahun 1995 Masehi setingkat dan diperbuat daripada batu dan marmar. Terdapat empat keluarga yang tinggal dalam persekitaran zawiyah ini. Zawiyah ini juga merupakan tempat perhimpunan mingguan bagi mengadakan majlis zikir dan majlis ilmu. Zawiyah ini sering dikunjungi oleh ahli jemaah yang berada di selatan tanah air terutamanya ahli jemaah daripada Singapura.

Last Updated on Sunday, 05 July 2009 13:36
 
Zawiyah Nurul Iman Kampung Neting, Tumpat, Kelantan PDF Print E-mail
Nurul Iman - Zawiyah
Written by Administrator   
Friday, 26 June 2009 16:55

zawiyah_21

Zawiyah ini didirikan pada tahun 2001 Masehi, di atas sebidang tanah yang telah diwakaf oleh ahli jemaah Nurul Iman, iaitu Nik Azmi bin Nik Lah seluas suku ekar. Sebuah bangunan zawiyah satu tingkat telah dibina. Disediakan juga sebuah bangunan penginapan setinggi dua tingkat untuk kemudahan penginapan tetamu. Buat masa ini, sebuah keluarga tinggal dalam kawasan ini.

zawiyah_22

Last Updated on Sunday, 05 July 2009 13:38
 
Zawiyah Muhyiddin Nurul Iman Asia Bangkok, Thailand PDF Print E-mail
Nurul Iman - Zawiyah
Written by Administrator   
Friday, 26 June 2009 16:55

zawiyah_09

Pada 13 Safar 1426 Hijrah bersamaan 24 Mac 2005 Masehi, Syeikh Mahmud membuka sebuah zawiyah baru di tengah-tengah Kotaraya Bangkok, iaitu di Muhyiddin Nurul Iman Asia, Tungkru, Bangkok. Tanah ini telah dibeli dengan harga 800 ribu bath daripada Hj. Subki dengan keluasan tanah 168 meter persegi. Bangunan zawiyah setinggi tiga tingkat yang diperbuat daripada batu dan marmar  telah dibina di sini. Ustaz Ismail Matree telah diamanahkan untuk mengurus zawiyah ini. Lebih daripada 60 orang ahli jemaah akan datang pada setiap hujung minggu untuk mengadakan aktiviti ibadah di situ.


 

 

zawiyah_01

zawiyah_08

Last Updated on Sunday, 05 July 2009 13:41
 
Zawiyah Nurul Iman, Cirebon, Jawa Barat, Indonesia PDF Print E-mail
Nurul Iman - Zawiyah
Written by Administrator   
Friday, 26 June 2009 16:54

zawiyah_17

Zawiyah ini  telah didirikan pada awal tahun 2007 Masehi, di Kecamatan Sumber Jaya, Kabupaten Majalengka, Jawa Barat. Zawiyah ini terletak 20 km dari Masjid Kesepuhan, Cirebon,  yang didirikan oleh Sunan Gunung Jati, iaitu salah seorang wali songo yang banyak jasanya. Zawiyah ini juga terletak hampir 100 km dari Pondok Pesantren Suryalaya, Tasik Malaya yang didirikan oleh Syeikh Abdullah Mubarok yang terkenal dengan panggilan Abah Sepuh, seorang wali Allah yang menentang penjajahan Belanda. Zawiyah ini telah diamanahkan kepada saudara Suparjo salah seorang ahli jemaah di sana untuk menguruskannya.

Last Updated on Sunday, 05 July 2009 10:19
 
Madrasah Nurul Iman Batu Lima Sik, Kedah PDF Print E-mail
User Rating: / 1
PoorBest 
Nurul Iman - Zawiyah
Written by Administrator   
Friday, 26 June 2009 16:54

zawiyah_33


Zawiyah ini telah dibangunkan yang berasaskan batu dan marmar pada 10 Muharam oleh Syeikh Mahmud. Zawiyah ini didiami oleh Syeikh Mahmud sekitar tahun 70-an. Tanah ini telah diwakaf oleh ayah Syeikh Mahmud, iaitu Hj Abd. Rahman. Beliau meminta supaya dibina pondok pengajian agama Islam di atas tanah tersebut. Seramai 28 ahli keluarga yang tinggal di sini. Bangunan asal zawiyah ini terdiri daripada enam batang tiang yang beratapkan daun bertam telah digantikan dengan bangunan yang berasaskan batu dan marmar pada 10 Muharam, 1397 Hijrah bersamaan dengan 21 Disember, 1977.


Diperkampungan ini juga diadakan pengajian agama secara Nizomi atau sistem pengajian berkelas yang ditadbir oleh 5 orang guru yang berkelulusan Afdhol Ulama’ (M.A) dari Pakistan. Seramai 100 orang pelajar putera dan puteri sedang mengikuti pengajian disini. Bermula dengan Kelas I’dadi, Thanawi dan Aliyah, pihak Asatizah yang diamanahkan untuk mentadbir Madrasah Nurul Iman disini telah mengorak langkah dengan mengadakan kelas Daurah Al-Hadis. Kelas ini lebih menumpukan kepada pengajian Al-Hadis daripda Kitab Sunan Sittah (Sohih Al-Bukhari, Sohih Al-Muslim, At-Termizi, Sunan Abu Daud, Nasai dan Ibnu Majah)        

                   zawiyah_32

Last Updated on Sunday, 05 July 2009 14:38
 
Cawangan Nurul Iman di Lepar Hilir, Pahang PDF Print E-mail
Nurul Iman - Zawiyah
Written by Administrator   
Friday, 26 June 2009 16:51

zawiyah_05

Bangunan surau ini telah dibina pada tahun 1992 dan ia adalah milik wakaf untuk orang ramai. Oleh kerana ia telah diimarahkan oleh ahli jemaah Madrasah Nurul Iman disitu, makan maka secara tidak langsung perlantikan AJK surau adalah ahli jemaah Madrasah Nurul Iman.

Selain daripada Halqah zikir, aktiviti kuliah agama juga dijalankan secara berkala oleh pihak jabatan agama. Seramai 8 keluaraga tinggal di sekitar zawiyahn tersebut.

Last Updated on Sunday, 05 July 2009 10:31
 
Madrasah Nurul Iman Kok Sira Narathiwat, Thailand PDF Print E-mail
Nurul Iman - Zawiyah
Written by Administrator   
Friday, 26 June 2009 16:52

zawiyah_koksira1

Zawiyah ini telah bertapak di selatan negara Thailand pada tahun 1986 Masehi. Zawiyah ini dibina hasil muafakat antara ahli jemaah Thailand yang mengenali dan mengikuti perjalanan yang dibawa oleh Syeikh Mahmud sejak di Kota Mekah lagi. Pada tahun 1988 Masehi, sebidang tanah yang berkeluasan 20 ekar telah dibeli dengan harga RM 9000.00. Zawiyah yang berasaskan batu dan marmar setinggi dua tingkat telah dibina pada tahun 1990 Masehi. Terdapat 36 keluarga tinggal secara tetap di sini. Di perkampungan ini juga diadakan kelas pengajian secara pondok, yang ditadbir oleh lima orang guru yang mendapat kelulusan daripada pondok-pondok pengajian agama di selatan Thailand.

zawiyah_koksira2

Last Updated on Sunday, 05 July 2009 13:46
 
Cawangan Nurul Iman Lorong Seri, Alor Setar PDF Print E-mail
Nurul Iman - Zawiyah
Written by Administrator   
Friday, 26 June 2009 16:51

zawiyah_11

Pada peringkat permulaannya, ahli jemaah Nurul Iman di Alor Setar tidak mempunyai zawiyah yang tetap. Mereka hanya melakukan aktiviti ibadah di surau taman perumahan. Pada tahun 1988 Masehi, Hj. Azmi telah mewakafkan sebidang tanah seluas satu ekar setengah miliknya untuk dijadikan perkampungan Nurul Iman serta membina sebuah zawiyah. Seramai lima buah keluarga yang tinggal secara tetap di perkampungan ini.

Last Updated on Sunday, 05 July 2009 13:49
 
Cawangan Nurul Iman Satun, Thailand PDF Print E-mail
Nurul Iman - Zawiyah
Written by Administrator   
Friday, 26 June 2009 16:51

zawiyah_07

Cawangan Nurul Iman Satun menjalankan aktiviti halqah zikir di surau lama yang di bina pada tahun 1989 Masehi. Pada tahun 2003 persekolahan Nurul Iman telah dimulakan di kawasan yang berhampiran yang dikendalikan oleh Hj. Sorliheen b. Hj. Ali. Jumlah pelajar yang mengikuti pengajian di sini adalah lebih kurang 70 orang.

zawiyah_28

Last Updated on Sunday, 12 July 2009 03:51
 


Informasi

 

ayah_cry

Penyatuan orang mukmin dengan air mata (menangis kerana mengenangkan keagungan Tuhan). Penyatuan orang yang tak mukmin dengan gelak ketawa.

Banner