





![]() | Today | 4 |
![]() | Yesterday | 204 |
![]() | This week | 827 |
![]() | Last week | 1518 |
![]() | This month | 3812 |
![]() | Last month | 6275 |
![]() | All | 45163 |
| Orang yang Mustaghraqun Billah |
|
|
|
| Berita - Video | |
| Written by Administrator | |
| Thursday, 26 November 2009 15:52 | |
|
Pada tahun 1996 Masehi Syeikh Mahmud digerakkan oleh Allah s.w.t pergi ke England. Ketika berada di sana beliau telah meninjau perkembangan Islam di sana dan melihat bagaimana keadaan manusia kafir musyrikin di Kota London.
Semasa dalam perjalanan di dalam kereta sekitar Kota London, Syeikh Mahmud telah meminta pemandu kenderaan berhenti di satu tempat dan menyuruh salah seorang ahli rombongan merakam keadaan manusia yang sedang mabuk arak dan maksiat di sebelah kiri jalan raya tetapi dengan tiba-tiba berlaku satu perkara yang tidak terlintas di pemikiran iaitu seorang yang penuh mabuk Allah telah datang menghampiri kenderaan yang dinaiki Syeikh Mahmud dari pihak kanan beliau.
Orang tersebut adalah salah seorang yang karam memandang kebesaran Allah, dia telah berjumpa Syeikh Mahmud dan lantas mengucup tangan Syeikh Mahmud kemudian bermadah yang memuji Syeikh Mahmud dalam bahasa Urdhu. Kata-kata beliau terhadap Syeikh Mahmud yang telah terjemah ke dalam Bahasa Melayu.
Jallah nama ku, Jallah nama ku Aku memberi salam kepada semua Tidak kira Hindu atau Muslim
Baba, aku ingin berjabat tangan denganmu Engkaulah Baba ku dan Engkaulah sebenarnya Baba
Tolonglah sambut tangan ku Aku ingin bersalam dengan mu
Tidak ramai yang tahu Bahawa engkau seorang sultan
Engkaulah Baba ku Engkaulah Sultan
Engkaulah Baba ku Dan Engkaulah Sultan
Ketika itu juga Syeikh Mahmud berasa kagum dengan keagungan Allah Yang Maha Suci kerana walaupun negara itu penuh dengan gejala kekufuran dan kesyirikan tetapi di celah-celahnya terdapat seorang ahlullah yang besar.
Menurut Syeikh Mahmud orang tersebut adalah seorang ahlullah yang mengganti tempat Syeikh Abdullah Bin Harun yang meninggal pada tahun 1993 Masehi.
|
|
| Last Updated on Friday, 11 December 2009 00:17 |

Penyatuan orang mukmin dengan air mata (menangis kerana mengenangkan keagungan Tuhan). Penyatuan orang yang tak mukmin dengan gelak ketawa.

|
|