|
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين و الصلاة و السلام على حبيبه سيدنا و شفيعنا و مولانا محمد و على آله و أزواجه و أصحابه و أتباعه حملة الدين المتين إلى يوم الدين.
Syarahan Maghrib Syeikh Mahmud Al-Majzub
12 Rabiul awal 1430 H / 8 Mac 2009 M
Sempena Sambutan Majlis Kesyukuran Tamat Latihan Kerohanian Selama 40 Tahun Syeikh Mahmud Al-Majzub.
Madrasah Nurul Iman Hulu Langat.
Kebesaran Allah Dan Rasul
Syukur kita ke hadrat Allah s.w.t yang telah menganugerahkan kepada kita dapat berkumpul pada malam ini serta dapat menyebut kebesaran dan keagunganNya dan juga menyebut kebesaran dan keagungan RasulNya Muhammad s.a.w yang telah membawa kepada kita iman dan yakin terhadap Allah s.w.t.
Malam ini adalah malam yang Allah s.w.t mencurahkan rahmatNya kepada kita sekelian dengan itu dapatlah kita meraikan (menyambut) majlis perayaan hari kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Dengan kelahiran Rasulullah s.a.w ke dunia terpadamlah api kekufuran dan kesyirikan yang bermaharajalela di muka bumi ini. Semoga dengan kita menyebut kebesaran Allah dan RasulNya pada malam ini akan terpadamlah kesyirikan dan kekufuran yang berada di dalam tubuh badan kita.
Hanya dengan banyak menyebut kalimah لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللهِ (la ila ha il lallah muhammadur rasulullah) sahaja yang boleh membunuh racun-racun kesyirikan dan kekufuran yang bermaharajalela di dalam setiap individu, ini adalah pandangan saya selaku penasihat perjalanan auliya’.
Togho, Jahil, Sombong!
Kadangkalanya apabila saya lihat sebahagian manusia yang saya bimbing bertahun-tahun tetapi masih tidak berubah disebabkan kesyirikan, kekufuran yang berada di dalam dirinya. Mereka semuanya sombong! Angkuh! Jahil! Mereka tidak sedar yang mereka itu adalah jahil. Mereka tidak mahu mengaku kejahilan yang ada pada mereka. Selepas saya membuat kajian selama 40 tahun, punca mereka ini tidak dapat perubahan dan peningkatan dalam keimanan kerana mereka tidak mahu mengaku togho yang ada pada diri mereka. Mereka tidak mahu mengaku kejahilan yang ada pada diri mereka. Mereka juga tidak mahu mengaku kesombongan yang ada pada diri mereka. Tiga perkara inilah yang membawa seseorang itu ke lembah bencana. Dalam Quran sudah terang menceritakan tentang perkara ini, tetapi mereka tidak mahu membaca apa yang telah Allah s.w.t peringatkan dalam Quran. Mereka semuanya meniru syaitan.
Pada malam ini saya berpesan kepada kamu semua, tolonglah mohon dengan bersungguh-sungguh daripada Allah jalan keluar. Hanya Allah dan RasulNya dan para auliya’Nya yang tahu jalan keluar daripada kesyirikan dan kekufuran. Allah s.w.t telah membimbing dan memberi ilmu kepada Rasulullah s.a.w dan para auliya’ tentang perkara ini. Jadi kamu jangan perasan! Kenapa kamu menjadi orang yang perasan? Pohonlah jalan keluar dengan kebesaran dan keagungan Allah yang telah menjadikan Rasulullah s.a.w dan para auliya’Nya.
Saya nak beri kepada kamu jalan keluar dan untuk meningkat. Sekiranya kamu seorang auliya’ sekalipun mari datang berjumpa saya kerana saya nak tanya pandangan kamu pula.
Kamu tolong ingat punca kamu kena rejam ataupun kena laknat. Puncanya tidak ada lain melainkan kamu meniru Iblis iaitu membantah dan sombong, perkara ini sudah Allah peringatkan dalam Alquran iaitu اَبٰى وَاسْتَكْبَرَ وَ كَانَ مِنَ الكٰفِرِينَ ”Telah membantahlah iblis dan ia juga menyombongkan diri dan adalah ia termasuk dalam golongan orang-orang yang kafir” (surah Al-Baqarah ayat 34). Perangai kamu sama dengan Iblis tapi kamu lebih teruk daripada dia. Pada Iblis, Tuhan hanya menceritakan dua perkara sahaja kejahatannya iaitu اَبٰى وَاسْتَكْبَرَ (membantah dan sombong), sedangkan manusia macam-macam yang Allah sebut seperti togho, kanud, jahul, zalum dan berbagai-bagai lagi.
Saya hanya beri nasihat sahaja. Saya bukan hendak apa-apa dari kamu. Saya hanya mahu kamu cuba mencontohi orang yang mendapat rahmat Allah. Saya hanya mengajak kamu jadi hamba Allah sahaja. Bukan ajak kamu jadi selain dari hamba Allah. Kamu pun bukannya kenal orang yang Allah lantik jadi Tok Wali.
Guide
Selagi penyakit ini (perangai Iblis ini) kamu tak rawat sehingga sembuh, kamu jangan ’dok’ perasanlah di bumi Allah ini. Pada permulaan Allah s.w.t anugerahkan jazbahNya kepada saya, saya telah menolak ’guide’ (pembimbing iaitu Khidir a.s) yang Dia hantar kepada saya. Saya tolak juga kedatangan Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani, saya tak terima mereka ini semua sehinggalah saya dengar suara ketuhanan yang berkata kepada saya:
”Kau tak boleh sampai kepada Aku Mahmud melainkan kau kena ikut guide (wasilah).”
Kalau kamu nak sombong (menolak) juga dengan apa yang saya bincangkan, nyah dari sini! Pergilah kamu berjalan mengadap Allah sendiri! Kamu pergi mengadap Tuhan, kamu pergi tanya Tuhan sendiri. Kalau kamu dah kenal Tuhan tak perlulah kamu dengar saya bercakap. Saya bukannya nak paksa kamu ikut saya! Saya hanya mahu kamu sampai Tuhan sahaja! Tapi apa yang saya dengar daripada suara ketuhanan, seseorang itu tak boleh sampai kepada Allah melainkan dengan adanya guide (wasilah). Saya yang majzub pun tak boleh sampai Tuhan melainkan mesti menggunakan guide, apatah kamu yang mahjub (orang yang terhijab)?
Kamu setiap hari bercakap dengan mengikut nafsu kamu. Setiap hari kamu mengikut kejadian air kencing kamu sahaja (kejadian air kencing ialah jasad yang Allah jadikan daripada air yang keluar daripada alat kemaluan lelaki dan wanita). Apa yang kamu ada? Kenapa kamu nak sombong dengan susunan yang telah Allah tetapkan? Ini adalah merupakan ringkasan pengalaman yang saya beri kepada kamu selepas mana saya tunggang-langgang merempuh latihan kerohanian selama 40 tahun.
Fana’
Kesimpulan yang saya dapat ialah selagimana kita terasa kita ada, selama itulah kita menderita. Tuhan tidak bersama kita kerana kita mensyirikkan Dia. Disini perlulah kita bersungguh-sungguh memperbaiki diri kita sehingga kita fana’. Fana’ terbahagi kepada tiga peringkat :
1. فنأ لله (fana’ lillah).
2. فنأ بالله (fana’ billah).
3. فنأ فى الله(fana’ fillah).
Tetamu Allah
Pada malam ini saya tak bawa zikir seperti malam lain kerana saya menghormati tetamu Allah yang terdiri daripada para auliya’ yang datang ke majlis ini. Kamu bukan tahu mereka hadir tadi, kamu bukannya ahli kasyaf! Saya hanya bawa lafaz zikir:
رَسُول الله لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ مُحَمَّدٌ (laa ila ha il lallah muhammadur rasulullah) dan لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ مُحَمَّدٌ حَبِيبُ الله (laa ila ha il lallah muhammadun habibullah) sahaja kerana menghormati para auliya’ dan para malaikat yang hadir dalam halkah zikir sebentar tadi. Kalau saya lambung zikir tadi ramai yang akan terbang tapi saya tak setuju jadi begitu. Demi menjaga adab dengan para malaikat dan para auliya’ yang hadir saya tak bawa zikir seperti malam biasa.
Saya pun sudah setengah bulan tak dapat datang berjemaah di madrasah ini kerana jasad saya tidak sihat. Tapi pada petang (maghrib) ini الحمد لله (alhamdulillah) saya dapat datang berjemaah di madrasah ini kerana menghormati para malaikat dan auliya’ yang hadir ke majlis ini. Majlis para malaikat dan auliya’ sudah habis, mereka pun sudah balik. Sebentar lalu halkah zikir yang dianjurkan dalam madrasah ini dihadiri oleh para malaikat dan para auliya’. Perkara ini Rasulullah s.a.w yang menceritakan kepada saya. Saya pun bukan nak persoalkan samada kamu nak percaya atau tidak tentang perkara ini. Yang saya nak persoalkan atau nak bentangkan pengalaman ini kepada orang yang sampai! Adapun orang yang tak sampai, saya bukan nak persoalkan mereka! Biarkanlah mereka! Tujuan yang saya bentang perkara ini dan menganjurkan majlis ini kerana saya hendak tengok sejauh mana dzon kamu terhadap Tuhan, sejauh mana keyakinan kamu terhadap Allah s.w.t di atas pengalaman yang saya rempuhi selama ini dan di dalam menjalankan tugas menggelidah dunia. Yang kamu pula buat kerja apa di atas muka bumi Allah ini? Kamu tolong muhasabah diri kamu sendiri, apa yang kamu lakukan semasa kamu hidup di dunia ini. Saya pun bukan nak ambil tahu kerja kamu, saya hanya buat kerja saya sahaja.
Alhamdulillah majlis kita pun sudah selesai. Malam ini saya akan mengadakan jamuan makan tanda kesyukuran kepada Allah. Saya pun sebenarnya tak tahu majlis ini akan berjalan macam mana tapi selepas saya berhentikan zikir, mereka (tetamu Allah dari kalangan para malaikat dan ahlullah) pun pulang. Mereka hadir kerana meraikan abad 15 Hijrah ini. Jadi dalam memahami masalah rahsia ini siapa yang tahu? Tujuan saya membentang rahsia ini kerana saya hendak tahu berapa orang yang Allah s.w.t membuka mata hati dan berapa ramai pula yang buta mata hati. Orang yang buta mata hati ini saya tak buat kira bicara.
Syeikh Muhammad Gambia
Saya bersyukur ke hadrat Allah kerana sedikit sebanyak dalam memahami rahsia perjalanan kami ini Syeikh Muhammad Gambia telah dapat memahami perkara ini selepas mana saya beri teguran kepada beliau dahulu. Beliau telah datang ke majlis ini sebagai tetamu Allah dari Gambia. Allah s.w.t telah menganugerahkan kepada beliau kefahaman tentang rahsia ini. Tujuan saya beri teguran dan pandangan tidak lain melainkan mahu manusia faham. Saya mengajar dia dan orang lain sama sahaja, tetapi orang lain tidak mahu cuba mengambil faham, saya nak buat macam mana lagi? Saya hanya boleh beri dorongan dan nasihat sahaja.
Dzon Dengan Tuhan
Saya dulu mengaji pun begitu juga. Perkara ini bukan boleh kita nak faham dengan otak kita dan dengan kejadian kita yang Allah s.w.t jadikan dari air yang hina. Ianya hanya semata-mata jazbah daripada Allah, Dia sahaja yang buka perkara ini kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Selagi mana kita masih bergelumang dengan kejadian yang Tuhan jadikan dari air kencing (mani) yang hina selama itulah kita tak akan dapat memahami rahsia ini. Jangan-jangan air kencing (air mani) yang dijadikan kamu itu adalah air kencing kera atau beruk (maksud di sini ialah bapa dan ibu itu berperangai dengan perangai kera atau beruk atau haiwan atau apa sahaja perangai yang tidak muafakat dengan Rasulullah s.a.w yang Allah bangkitkan sebagai ikutan yang baik.) Rahsia ini bukan boleh difaham dengan air kencing beruk! Anak Tok Wali pun tak boleh dapat rahsia ini, anak Nabi dan Rasul pun tak boleh melainkan orang yang Allah kehendaki sahaja! Apatah kamu yang bapaknya perangai macam keldai sahaja? Walaupun begitu, janganlah kita berfikiran begini, tetapi hendaklah kita memandang keluasan rahmat Tuhan yang Maha kaya. Hendaklah kita semua memperbaik dzon masing-masing terhadap Allah. Walau kita dijadikan dari air kencing siapa pun, walau kita dari air kencing beruk mana pun tetapi hendaklah kita jaga dzon kita terhadap Allah. Kamu mengajilah sehingga sampai ke situ. Permantapkan dzon kita dengan Tuhan semoga dengan itu Dia akan menjernihkan segala kekeruhan yang ada pada kita dan rentap kita ke hadratNya yang suci. Dia Tuhan!
Kamu pula tak mahu memperbaiki dzon kamu dengan Tuhan, benda lain yang masuk dalam diri kamu, ilmu yang saya beri tak masuk. Peringkat permulaan untuk memperbaik dzon mestilah berpegang dengan syariat dan toriq. Selepas mana saya buat permerhatian selama ini di dalam keseluruhan dunia, kesimpulan yang saya dapat ialah kita mestilah husnul dzon dengan Allah. Selagimana seseorang itu masih mengikut dzon asal kejadiannya yang Allah jadikan daripada air yang hina selama itulah dia tidak akan dapat memahami rahsia yang Allah amanahkan kepada para nabi, rasul dan aulia’Nya. Saya berharap agar orang yang mahu mengikut atur cara perjalanan kami tolong perbaik dzon.
Alhamdulillah pada malam ini tamatlah latihan saya dan Rasulullah s.a.w sendiri yang merasmikan tamatnya latihan saya selama 40 tahun. Besoknya adalah hari permulaan saya menjalankan tugas. Allah s.w.t pun telah membuka kepada saya tentang kedudukan dunia di hari ini. Saya dapat melihat bagaimana perancangan Yahudi sekarang ini yang cuba hendak menghancurkan kebangkitan Islam di zaman ini justeru daripada itu saya akan menyusun kabinet untuk menghadapi segala bentuk halangan kebangkitan di zaman ini. Boleh jadi saya pun akan banyak keluar dunia dan saya nampak saya akan pergi ke Afghanistan, Iraq dan Palestin untuk menyusun peperangan di dalam menghadapi strategi Yahudi. Ini adalah merupakan tugas yang besar bagi saya adapun masalah dalam negara Malaysia ini merupakan masalah yang remeh bagi saya kerana yang ada di sini semuanya puak-puak bodoh sahaja.
Ketua Sami
Di dalam menghadapi gejolak yang melanda dunia di hari ini saya tidak jemu-jemu cuba memberi pandangan demi pandangan semoga dengan itu adalah orang yang mahu menerima kebaikan yang saya anjurkan. Pada hari Selasa nanti kamu akan dapat lihat orang-orang yang mahu bersama dengan saya di dalam cuba mewujudkan keamanan dan menentang kezaliman. Kamu akan lihat seorang ketua sami buddha di Asia ini akan hadir dalam majlis anjuran saya. Cuba kamu fikir dengan mendalam dalam perkara ini seorang sami pun Tuhan buka untuk melihat kebesaran dan keagunganNya di atas tapak kaki ”Muhyiddin.” Dia sanggup datang ke negara ini walaupun dia tidak berapa sihat kerana hendak hadir bersama dalam majlis saya, dia bukan Islam tetapi kesanggupannya lebih daripada orang Islam. Kamu janganlah nak fikir perkara ini dengan air kencing! Saya pun tak pandai nak fikir dan nak buat macama mana tetapi Allah s.w.t yang buka kepada saya.
Malam besok dia akan sampai kerana dia ada perbincangan dengan orang-orang tertentu. Itu adalah kerja dia, kerja dunia dan saya tak kesah dengan kerja dia tetapi walaupun begitu dunia yang dia nak buat itu saya kena tengok. Jadi janganlah kita hendak pandai-pandai nak memperkatakan tentang perkara ini, kalau kita bercakap juga ia akan terkeluar dari garisan. Kamu jangan nak campur aduk dalam masalah ini! Saya lagi menjauhkan diri dari campur tangan dalam perkara ini. Pada permulaan saya bertemu dengan dia di Bangkok, saya pun tak perasan yang pertemuan itu di dalam ”ketik” (Kuil). Ini adalah ilmu yang saya nak ajar kepada kamu bagaimana cara hendak tenggelam dalam kebesaran Tuhan. Yang kamu pula tenggelam dalam ’tahik kamu’, dalam air kencing kamu! Sudahlah kamu tu dari air kencing kera! Duduk bergelumang dalam air kencing ajelah kamu. Jadi di sini kamu hendaklah patuh dengan susunan yang telah digariskan guru.
Pada tahun 1965 salah seorang guru saya telah Allah kaffarahkan dengan penyakit ”chula” (sejenis penyakit kulit seperti terkena air panas atau sayur yang dicelur air panas) kerana dia pergi mengadap Raja Siam. Semasa mengadap itu dia duduk bawah dan raja itu duduk atas, inilah cara permainan jin ifrit. Akhirnya dia mati disebabkan penyakit itu. Ketika itu umur saya sekitar 22 tahun dan Allah s.w.t telah memberi saya ingat tentang kejadian itu. Sejak itu saya pun berasa takut juga sekiranya saya menempuh ujian sebegitu dan akhirnya perkara yang saya bimbang itu berlaku juga kepada saya. Allah s.w.t mempertemukan saya dengan jin ifrit itu. Walaupun begitu ianya berlaku selepas saya tamat latihan. Pada masa pertemuaan itu saya lihat yang sami itu keluar daripada biliknya dengan pakainnya, dengan ifritnya, di kala itu juga saya pun tenggelam dalam lautan kebesaran Tuhan. Saya pun fana’ dengan Allah, fana’ ul fana’, fana’ fillah. Bila saya tenggelam dalam lautan kebesaran Tuhan dia pun kena tunduk pada saya. Tujuan saya menceritakan perkara ini supaya kamu jangan pelik bila melihat ketua sami datang ke majlis saya pada hari Selasa nanti.
Kamu tak tahu nak fana’! Kamu bodoh! Tujuan dia datang kerana nak bekerjasama dengan saya dalam menentang kezaliman. Dia pernah kata kepada saya: ”Syeikh jaga orang Islam dan dia akan menjaga orang buddhist.” Dia kata lagi yang orang politik ini jahat, demokrasi inilah yang membuat kekacauan di muka bumi. Seorang sami buddha pun faham yang demokrasi ini jahat. Jadi saya dan dia hanya bekerjasama di dalam menentang demokrasi tidak lebih dari itu. Tujuan saya menceritakan perkara ini agar kamu jangan terkeliru dalam masalah ini. Kamu jangan jahat adab dengan Tuhan! Jangan kurang ajar dengan Tuhan!
Kamu tolong beri perhatian yang mendalam terhadap pandangan saya ini selaku orang yang Allah tundukkan sami di bawah saya. Kamu ada apa? Saya hanya hamba Allah sahaja. Saya pun bukannya jemput dia tapi pasal Dr. Bhokin (bekas menteri kehakiman Thailand) seorang muridnya datang, dia pun nak datang sekali. Jadi dalam masalah ini kamu pun tak boleh nak faham sebagaimana dia faham dalam memandang keagungan Tuhan. Tapi kenapa kamu loyar buruk dengan Tuhan pula? Saya tak loyar buruk dengan Tuhan. Saya tak soal dia Islam atau tidak, masalah ini kena tanya Tuhan, saya hanya hamba Tuhan. Yang kamu pula nak pandai-pandai kenapa? Kamu nak jadi Tuhan ? Sedarlah diri yang kita adalah hamba !
Saya tak tahu apa yang Tuhan nak buat, saya tak campur tangan dalam kerja Tuhan. Cuma apa yang Tuhan buka kepada saya yang Dia menundukkan sami di bawah saya. Allah s.w.t tundukkan sami di bawah RahimNya adapun pada sami itu Dia bukakan RahmanNya. Tujuan saya buka rahsia yang halus ini pada kamu supaya kamu jangan curiga dengan amanah Allah. Saya tak mahu kamu kurang ajar dengan makhluk Allah. Saya berasa pelik dengan kamu yang perasan, berasa kamu lebih dari orang lain. Saya tak macam itu, saya nak jadi hamba Tuhan aje. Allah s.w.t telah anugerahkan saya berpeluk dengan sami tu, saya tak rasa apa cuma saya tenggelam memandang kebesaran Dia, masyaAllah Dia Tuhan! Sami itu cukup kasih dengan saya.
Allah s.w.t mempertemukan saya dengan sami ini adalah dengan susunanNya yang maha rapi. Setiap apa yang Allah lakukan itu mengandungi hikmah. Saya pun tak tahu apa yang Allah s.w.t nak buat, saya hanyalah hambaNya. Ikut suka Dialah apa yang Dia nak buat, Dia Tuhan. Tujuan saya mengajar kamu ilmu ini agar kamu semua menjadi hamba Allah.
Apabila saya merenung dan melihat kebesaran Allah masya Allah bermacam-macam yang Dia anugerahkan kepada saya. Saya jadi malu pada Dia, Dia Tuhan. Ini adalah pengalaman saya di dalam merempuh perjalanan hamba-hambaNya yang muqarrabin, orang lain saya mana tahu pengalaman mereka.
Halkah Zikir
Alhamdulillah pada malam ini saya berasa segar sedikit, sebelum ini sudah lima belas hari saya tak keluar rumah kerana jasad saya uzur. Pada malam ini saya dapat datang madrasah memimpin halkah zikir dan saya pun tidak mahu pada malam ini malam 12 Rabi ’ul awwal, kamu semua berzikir dalam kecamuk sebab pada malam ini tetamu Allah ramai yang hadir. Jadi terpaksalah saya membimbing halkah zikir pada malam ini kerana untuk menyesuaikan dengan para tetamu Allah.
Untuk menyesuaikan dengan tetamu Allah saya hanya bawa lafaz kalimah لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ مُحَمَّدٌ رَسُولُ الله (la ila ha il lallah muhammadurrasullah) sahaja dalam halkah zikir sebentar tadi. Kalau saya bawa لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ (la ila ha il lallah) sahaja tadi boleh jadi ada yang terbang tapi saya tak buat begitu kerana ianya masih bercampur aduk. Bila bercampur aduk dia akan merosakkan halkah zikir. Punca bercampur aduk pasal air kencing kera banyak dalam sel-sel kejadian kamu. Sebab itu kamu macam kera suka melompat sana dan melompat sini. Sebab itulah juga halkah zikir tidak dapat bersesuaian dengan susunan para ahlullah walaupun kamu dah lama berzikir. Kadangkala kamu masih berontak dengan dorongan tekanan perasaan kamu pasal zikir tak masuk dalam sel-sel kamu. Puncanya ialah kerana kesyirikan dan kekufuran masih ada dalam sel-sel badan kamu. Benda ini melambatkan, saya nak kata cepat macam mana pun tak pandai. Oleh kerana hidup manusia ini mengikut tekanan darah, terpengaruh dengan perasaan basyariah, inilah yang dikatakan lambat. Lambat nak sampai mutmainnah. Kalau air kencing itu dari air kencing mutmainnah tidak banyak masalah tapi ini dari bapak yang punah-ranah. Sebab itulah pada malam ini saya bawa halkah zikir dengan laa ila ha il lallah muhammadurrasullah dan laa ila ha il lallah muhammadun habibullah jadi terkawallah halkah.
Allah, Rasul Dan Auliya’
Saya cuma minta kepada orang yang ada himmah yang mempunyai hati yang baik agar memohon daripada Allah petunjuk dan bimbingan sebagaimana yang telah Dia anugerahkan kepada para nabi, rasul dan aulia’Nya. Saya hanya boleh beri nasihat dan perangsang kepada kamu sahaja. Hendaklah kita juga sentiasa ingat hanya Allah dan rasulNya dan aulia’Nya sahaja yang tahu. Janganlah kita hendak campur tangan dalam masalah ini dengan sel-sel air kencing yang belum diproses lagi dengan syariat dan tarekat yang sampai kepada hakikat dan makrifat. Selagimana kamu berpegang dengan formula ini kamu tidak akan disesatkan oleh iblis dan kuncu-kuncunya.
Kewalian
Pengajaran yang saya terima daripada Allah ialah hanya Allah dan RasulNya dan para aulia’Nya sahaja yang tahu. Pangkat kewalian adalah satu perkara khususiah yang berasingan dengan jasad orang yang menyandang pangkat itu. Ianya seperti baju yang kita pakai, baju bukanlah sebahagian daripada anggota tubuh badan kita. Pakaian boleh kita buka dan kita sangkut ke penyangkut baju atau dalam almari. Oleh itu janganlah kita tersangkut atau terhijab dengan jasad yakni daging darah kita. Daging darah kita ini penuh dengan zulmah kerana ia bernajis dan ianya Allah jadikan daripada air yang hina. Justeru itu perlulah kita memproses daging darah kita dahulu, hendaklah kita membasuhnya dengan istighfar, selawat dan zikir. Selagimana kita masih melakukan perkara yang bercanggah dengan Allah itu menunjukkan badan kita masih najis. Sebab itulah dalam perjalanan yang saya terima dari guru saya Tok Ayah Said Qaddasallahu sirrah, kita baca
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللهِ فىِ كُلِّ لَمْحَةٍ وَ نَفَسٍ عَدَدَ مَا وَ سِعَهُ عِلْمُ اللهِ (Tiada Tuhan yang maujud yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan zat Allah Taala sahaja,Muhammad itu ialah seorang utusan Allah Taala, aku berikrar, mengaku serta mengingatinya di tiap-tiap detik dan pernafasanku sebilang-bilang pencakupan ilmu Allah s.w.t.) Tujuan wirid ini dibaca supaya menjadi padan dengan setiap sel dan bulu roma yang ada pada tubuh badan kita. Selagimana setiap bulu roma yang ada dalam badan kita tidak tunduk kepada kebesaran Allah, masih melakukan perkara yang bercangah denganNya selama itulah kita tidak akan dapat merasai kemanisan kehambaan kepada Allah sepertimana para ahlullah yang muqarrabin.
وَاللهُ وَ رَسُولُهُ وَ أَولِيَاءُهُ أَعْلَمُ
(Hanya Allah, Rasul Dan Para Aulinya Sahaja Yang Tahu)
Peringatan Penting
Telah dimula dan disudahi penyusunan syarahan ini dengan rahmat Allah dengan keberkatan mukjizat Rasulullah s.a.w dan para aulia’ yang dibangkitkan di abad ini.
Sekiranya para pembaca menemui sebarang kemusykilan dengan isi kandungan syarahan ini hendaklah merujuk terus dengan Syeikh Mahmud Al-Majzub. Janganlah kita membuat sebarang andaian dengan berpandukan ilmu dan akal kita yang masih diselubungi kekerohan hawa nafsu. Ini adalah kerana ilmu yang terdapat dalam syarahan ini merupakan ilmu kesufian dan kerohanian yang mana ianya tidak boleh difahami selagimana kita terikat dengan kejinan dan kemanusian.
A.J.K penulisan syarahan memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kesalahan dari segi teknikal. Kepada Allah jualah kita memohon keampunan, taufik dan hidayah.