Audio

Make sure you have at least Flash Player 7. If not,please download.

Sedang Online

We have 1 guest online

Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday7
mod_vvisit_counterYesterday204
mod_vvisit_counterThis week830
mod_vvisit_counterLast week1518
mod_vvisit_counterThis month3815
mod_vvisit_counterLast month6275
mod_vvisit_counterAll45166

Online (20 minutes ago): 5
Your IP: 38.107.191.89
,
Now is: 2010-03-19 00:36
Home Syeikh Mahmud Asuhan Daripada Nabi Khidir A.S.
Asuhan Daripada Nabi Khidir A.S. PDF Print E-mail
Nurul Iman - Syeikh Mahmud
Written by Administrator   
Friday, 26 June 2009 16:35


Sebahagian Pengajaran Khidir a.s kepada Syeikh Mahmud:


1. Pertama kali Nabi Khidir a.s datang berjumpa beliau, Syeikh Mahmud tidak mahu menerima Nabi Khidir a.s. Beliau berkata:

”Aku nak Allah bukannya nakkan awak”,

tetapi selepas beliau terdengar suara ketuhanan:

”Kamu ikutlah orang ini untuk mengenal Aku”

Barulah beliau menerima Nabi Khidir a.s untuk membimbingnya.

 

Perkara ini berlaku adalah kerana hati Syeikh Mahmud yang bulat hanya mahukan Allah sahaja. Selepas kejadian ini fahamlah Syeikh Mahmud peri pentingnya bertawassul dengan orang-orang Allah sekiranya untuk sampai ke darjah mengenal Allah. Ini adalah kerana orang-orang Allah mengenal Allah dengan sebenar-benar pengenalan dan bagaimana mungkin orang yang tidak mengenal Allah hendak memimpin orang lain untuk mengenal Allah? Sebagaimana mungkin orang yang tidak tahu memandu kereta hendak mengajar orang lain memandu?


2. Nabi Khidir a.s pernah berkata kepada Syeikh Mahmud bahawa beliau akan ditangkap dan akan dimasukkan ke dalam tahanan di Batu Gajah atau Pulau Jerjak atau Kemunting. Syeikh Mahmud hanya berdoa:

doat_ilahi

“Wahai Tuhanku! Dikaulah matlamat tujuanku, dan keredhaanMu yang ku tuntuti, kurniakanlah kepada ku kasih sayang dan ma’arifah kepadaMu Ya Allah.”

Apa yang dikhabarkan oleh Khidir a.s itu tidak berlaku kerana kejujuran dan penyerahan Syeikh Mahmud kepada Allah yang total.


3. Pada tahun 1977 Masehi, sewaktu Kerajaan Siam membunuh orang-orang Melayu Islam di Pattani, Syeikh Mahmud berasa berang dan ingin pergi ke sana tetapi Nabi Khidir a.s telah memerli beliau dengan berkata:

”Kalau kamu pergi Mahmud, air sungai Pattani akan jadi merah (kerana penuh dengan darah)”.

Syeikh Mahmud terus beristighfar kepada Allah apabila diperli oleh Nabi Khidir a.s. kerana beliau masih terpengaruh dengan perasaan beliau dan hendak membuat sesuatu tanpa menunggu arahan daripada guru terlebih dahulu.


4. Pernah pada tahun 1981 Masehi, Syeikh Mahmud terasa hendak melancarkan pemberontakan terhadap kezaliman yang dilakukan oleh pemerintah Malaysia, kemudian Nabi Khidir a.s pun menasihati beliau dengan berkata:

”Itu pendapat kamu Mahmud, sekiranya pendapat kamu itu betul, kamu akan dapat dua pahala tetapi sekiranya pendapat kamu salah kamu akan dapat satu pahala. Tetapi adakah kamu tahu apa yang Allah nak buat keesokan hari?”

Syeikh Mahmud pun menjawab, ”Tidak”.

Khidir a.s berkata lagi:

“Habis jika kamu sendiri tidak tahu apa yang ingin Tuhan lakukan esok, jadi kenapa kamu hendak campur tangan dalam pekerjaan Tuhan?


5. Semasa di Kota Mekah, Nabi Khidir a.s telah mengarah beliau mengaji dengan para ulama’ berfahaman Wahabi yang mengajar di Masjidil Haram. Pada masa itu beliau dapat mengetahui kekeliruan dan penyelewengan yang terdapat dalam fahaman tersebut. Beliau telah belajar selama 6 bulan sekitar tahun 1982 Masehi sehingga 1983 Masehi.


6. Selepas menjalani latihan kerohanian selama 13 tahun, maka pada tahun 1983 Masehi Nabi Khidir a.s telah memberi arahan kepada beliau dengan berkata:

”Sekarang kamu baliklah ke Asia, jadilah kamu hamba Allah sehamba-hambanya dan sekiranya orang bertanya kepada kamu siapakah orang yang paling banyak dosa? Kau angkatlah tangan dan katakan bahawa kaulah orang yang paling banyak dosa!”

Peristiwa ini berlaku ketika beliau berada di Kota Mekah.


7. Nabi Khidir a.s juga telah menyuruh beliau memerhatikan bagaimana batu, kayu, air, pokok-pokok, angin, rama-rama, burung-burung dan haiwan-haiwan lain berzikir.

Last Updated on Thursday, 20 August 2009 16:36
 

Informasi

 

ayah_cry

Penyatuan orang mukmin dengan air mata (menangis kerana mengenangkan keagungan Tuhan). Penyatuan orang yang tak mukmin dengan gelak ketawa.

Banner