





![]() | Today | 103 |
![]() | Yesterday | 187 |
![]() | This week | 290 |
![]() | Last week | 1518 |
![]() | This month | 3275 |
![]() | Last month | 6275 |
![]() | All | 44626 |
| Menyertai Parti Islam Se-Malaysia (Pas) |
|
|
|
| Nurul Iman - Syeikh Mahmud | |||
| Written by Administrator | |||
| Friday, 26 June 2009 16:40 | |||
|
Sekembali dari India, Syeikh Mahmud meneruskan perjuangannya menegakkan Islam melalui landasan parti politik yang mengamalkan demokrasi iaitu PAS. Beliau aktif dalam parti ini kerana beliau adalah anak asuhan Tuan Guru Lebai Man dari Pondok Nahdhoh, iaitu Pesuruhjaya PAS, Negeri Kedah ketika itu. Niat Syeikh Mahmud menyertai PAS bukanlah kerana hendak menegakkan PAS tetapi kerana hendak menegakkan Islam. Semasa dalam parti tersebut, beliau telah menegur ahli-ahli PAS melalui pidatonya supaya ahli-ahli PAS memperbaiki diri dan menghayati ajaran Islam sepenuhnya. Beliau juga menegur mereka yang hanya pandai bercakap sahaja tetapi tidak mengamalkan ajaran Islam. Menurut arwah Pak Ngah Hassan, bekas Setiausaha PAS salah satu kata-kata teguran Syeikh Mahmud ialah: ”PAS nak perintah cara Islam macam mana, kalau sembahyang pun tidak?” Arwah Pak Ngah Hassan menjadi antara murid terawal Syeikh Mahmud dalam perjalanan kesufian. Allahyarham Pak Ngah Hassan inilah yang membawa Syeikh Mahmud pergi menyampaikan pidatonya dalam PAS. Mereka pergi dengan menaiki motosikal Pak Ngah Hassan. Syeikh Mahmud cukup berani dan bersemangat dalam perjuangannya bersama PAS. Syeikh Mahmud telah menawarkan diri untuk menggempur tempat-tempat yang menjadi kubu kuat UMNO. Di sana, Syeikh Mahmud telah menyampaikan pidato yang sangat berkesan sehinggakan ramai orang mula menyakini dan seterusnya menyokong PAS. Walaupun begitu, kebanyakan daripada pemimpin-pemimpin PAS tidak menyenangi pidato beliau. Ini kerana mereka tidak bersetuju dengan cara Syeikh Mahmud yang menegur ahli-ahli PAS melalui pidato tersebut terutamanya ketika kempen pilihan raya. Mereka berkata kepada Pak Ngah Hassan: “Kita bukan nak ajak orang bersembahyang tapi nak ajak orang undi PAS, bila kita dah menang barulah kita ajak orang sembahyang.” Akibat daripada perasaan tidak puas hati, akhirnya mereka tidak membenarkan Syeikh Mahmud berpidato lagi. Semasa beliau bergerak aktif dalam PAS, parti ini telah berjaya menawan kawasan Sik dalam pilihan raya tahun 1969 Masehi. Walaupun beliau bertungkus lumus berkempen dalam pilihan raya tersebut bagi memenangkan PAS, namun jiwanya sentiasa bercelaru apabila melihat ahli-ahli PAS lebih menumpukan perhatian mereka terhadap politik berbanding penghayatan ajaran Islam, sehinggakan ada di antara ahli- ahli PAS sanggup meninggalkan solat akibat sibuk berkempen. Tidak lama kemudian, dengan berkat selawat yang diamalkan oleh Syeikh Mahmud dengan penuh keikhlasan semenjak di Pondok Pasir Tumbuh, maka beliau telah terdengar suara hatif: ”Mahmud sekiranya awak cinta Allah tinggalkan politik.” Sejak dari peristiwa tersebut, beliau terus bertaubat daripada atur cara politik demokrasi dan menumpukan seluruh perhatiannya kepada atur cara mengislahkan diri dan beribadah.
|
|||
| Last Updated on Wednesday, 08 July 2009 08:24 |

Penyatuan orang mukmin dengan air mata (menangis kerana mengenangkan keagungan Tuhan). Penyatuan orang yang tak mukmin dengan gelak ketawa.

|
|