Audio

Make sure you have at least Flash Player 7. If not,please download.

Sedang Online

We have 8 guests online

Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday96
mod_vvisit_counterYesterday187
mod_vvisit_counterThis week283
mod_vvisit_counterLast week1518
mod_vvisit_counterThis month3268
mod_vvisit_counterLast month6275
mod_vvisit_counterAll44619

Online (20 minutes ago): 6
Your IP: 38.107.191.86
,
Now is: 2010-03-16 10:09
Home Pengenalan
Pengenalan PDF Print E-mail
User Rating: / 12
PoorBest 
Nurul Iman - Pengenalan
Written by Administrator   
Thursday, 25 June 2009 17:28


Institusi Madrasah Nurul Iman merupakan sebuah institusi pendidikan yang berlatar belakang syariat dan thoriq. Untuk makluman umum, amalan kerohanian di sini adalah berasaskan kepada amalan Tareqat Ahmadiah-Qadiriyyah di bawah pimpinan Syeikh Mahmud Al-Majzub.


Visi, Misi dan Matlamat


1.      Visi:(Liya’ budun) yang bermaksud untuk mengabdikan  diri  kepada Allah Ta’ala ataupun menjadi hamba Allah sehamba-hambanya Allah di bumi Allah.

2.         Misi: Untuk mejadi hamba Allah sehamba-hambanya di bumi Allah, oleh itu ahli jamaah Nurul Iman perlu menghayati dan menerapkan didalam kehidupan sifat-sifat berikut :


i.           Zuhud - ialah kosong tangannya daripada memiliki sesuatu dan memandang  hal keduniaan lekeh, hina dan menggilapkan kesannya daripada hati.

ii.          Yaqin - menghilangkan keraguan pada sesuatu yang ghaib dan tetap pada ilmunya,tidak berdolak-dalik serta tidak berubah-ubah hati.

iii.         Khusyuk – sentiasa takut dan hina yang berkekalan dihati kepada tuhan yang mengetahui alam ghaib.

iv.        Tawadhu’ – tunduk, patuh,dan melaksanakan perintah Allah serta dapat menerima teguran.

v.         Tazallul – hina diri.

vi.        Tamalluq –rintihan hati untuk bertemu Allah dan dengan permulaan kasih sayang (mahabbah) datangnya rindu.

-     (tamalluq) hati sentiasa rindu untuk bertemu Allah.

vii.       Takhauwwuf – rintihan ketakutan sehingga tenang di hati dan sentiasa mendekatkan diri kepada Allah .


3.         Matlamat: “Tanha anil fahsha’ iwal munkar”:


Menegah atau menghalang daripada melakukan kekejian dan kemungkaran.

 


Tafsiran Logo Nurul Iman

 


Tiga Bintang Gemerlapan

Kepimpinan kerohanian di bawah pancaran Kerasulan Nur Muhammad Sallallahu’alaihi Wassallam

 

Kubah

Tampuk kepimpinan kerohanian yang mantap dan sentiasa mengadap KEHADRAT Yang Maha Agung

 

Enam Jalur Hijau Pada Kubah

Tauhid yang tinggi berdasarkan enam rukun Iman.  Keyakinan yang bulat.  Tiada Yang lain selain Allah.

 

Warna Putih Berair Di Bawah Kubah

· Hati yang bersih

· Jiwa yang suci

· Keikhlasan yang tinggi

· Kebenaran Ilmu dan Kerohanian yang di bawa adalah “NYATA” & “JELAS”

· Guru mendapat “ILMU” dengan AIRMATA bukan melalui cerita atau dengan gelak tawa.

 

Hijau Muda

Cahaya Ke Islaman bersinar kembali

 

Lingkaran Tasbih

· Huruf Q – sebagai lambang KUALITI

· Organisasi Nurul Iman di pimpin oleh seorang yang berkualiti dan Ahli Jemaah Nurul Iman juga seharusnya memiliki ciri-ciri yang berkualiti.

· Rapatnya susunan biji tasbih menggambarkan satu saf yang rapat dan ikatan ukhwah / mahabbah dan silaturrahim.

 

Warna Biru

Mengajak kita supaya marilah sama-sama mengharungi lautan kesufian yang tidak bertepi dan tenggelam dalam Kebesaran Allah.

 

Fajar Di Ufuk

· Nurul Iman semakin gemerlap dan semakin menyerlah

· Nurul Iman sebenarnya sudah mencapai taraf “INTERNATIONAL”

 

Bulatan Di Luar Logo

· Untuk mengikuti acara kerohanian mestilah memBULATkan hati  kepada ALLAH.

 


sticker_nuruliman_small

Nasyid Madrasah Nurul Iman

 

Inilah Madrasah Nurul Iman

Maktab kami Maktab menghayati Iman

Kami beriqrar untuk mempelajari Iman

Kami belajar berbagai ilmu pengetahuan

Kami belajar ilmu Hadis dan Al-Quran

Di Syurga Firdaus, kami diredhai Tuhan

Terhadapnya hati penuh kecintaan

Wahai kebanggaan setiap masa dan zaman

Ya Allah! Ya ‘Alim! Ya Rahim! Ya Rahman!

Hidupkanlah kekalkanlah Madrasah ini

hingga keakhir zaman.

 


ayah

Nasyid Al-Murobbi (Pendidik kerohanian)

 

Kerana Allah kebaikanmu wahai Guru Mursyid kepimpinan makrifah

Mahmud Al-Kedahi Guru Murabbi ciptaan Tuhan Al-Mannan


Wahailah Tuan yang menguasai keredhoan Tuhan Al-Hannan

Tuhan dengan sifat Jamalullah Tuhan Al-Rahman


Melimpah ruahlah kemurahan tiap-tiap yang datang mengadapmu

Wahailah ikutan Aslaf,kami didalam limpahan Tuhan Al-Dayyan


Untuk manusia kedukaan dan bagiku pada hari ini banyak kedukaan

Kedukaan di dalam hutang,kedukaan di dalam cahaya dan kehairanan


Jangan engkau tinggalkan si fakir didalam kesusahan kebutaan

Sesat didalam perjalanan dengan ranjau dosa dan pancaraoba


Memuliakan akan engkau oleh Tuhan umat manusia dengan limpah rahmatnya

Dan mengurniakan anak-anakmu dan murid-muridmu akan

kejayaan beserta tiap-tiap saudara seperjuangan


Menganugerahkan akan engkau ilmu Ladunni dan keafiatan

Mencapai sahabat-sahabat engkau dari Tuhan Al-Bari dengan limpahanNya


Selawat dan salam Rabbul Alamin keatas sebaik-baik hambamu

Serta keluargamu dan para sahabat seperjuangan


Dan kami puji Allah wahai Tuhan kami dan memberi nikmat akan kami

Daripadanya bimbingan juga kesyukuran kekal zaman berzaman


*Lirik nasyid ini diambil dari sajak yang dikarang oleh Maulana Abdul Qadir Musliyar (Universiti Sa’adiyah Kerala, India) khas untuk Syeikh Mahmud Al-Kedahi Al-Majzub

Last Updated on Tuesday, 28 July 2009 14:40
 

Informasi

 

ayah_cry

Penyatuan orang mukmin dengan air mata (menangis kerana mengenangkan keagungan Tuhan). Penyatuan orang yang tak mukmin dengan gelak ketawa.

Banner