Audio

Make sure you have at least Flash Player 7. If not,please download.

Sedang Online

We have 1 guest online

Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday7
mod_vvisit_counterYesterday204
mod_vvisit_counterThis week830
mod_vvisit_counterLast week1518
mod_vvisit_counterThis month3815
mod_vvisit_counterLast month6275
mod_vvisit_counterAll45166

Online (20 minutes ago): 5
Your IP: 38.107.191.85
,
Now is: 2010-03-19 00:38
Home
Madrasah Nurul Iman
Orang yang Mustaghraqun Billah PDF Print E-mail
User Rating: / 4
PoorBest 
Berita - Video
Written by Administrator   
Thursday, 26 November 2009 15:52

Pada tahun 1996 Masehi Syeikh Mahmud digerakkan oleh Allah s.w.t pergi ke England. Ketika berada di sana beliau telah meninjau perkembangan Islam di sana dan melihat bagaimana keadaan manusia kafir musyrikin di Kota London.

Semasa dalam perjalanan di dalam kereta sekitar Kota London, Syeikh Mahmud telah meminta pemandu kenderaan berhenti di satu tempat dan menyuruh salah seorang ahli rombongan merakam keadaan manusia yang sedang mabuk arak dan maksiat di sebelah kiri jalan raya tetapi dengan tiba-tiba berlaku satu perkara yang tidak terlintas di pemikiran iaitu seorang yang penuh mabuk Allah telah datang menghampiri kenderaan yang dinaiki Syeikh Mahmud dari pihak kanan beliau.

Orang tersebut adalah salah seorang yang karam memandang kebesaran Allah, dia telah berjumpa Syeikh Mahmud dan lantas mengucup tangan Syeikh Mahmud kemudian bermadah yang memuji Syeikh Mahmud dalam bahasa Urdhu.

Kata-kata beliau terhadap Syeikh Mahmud yang telah terjemah ke dalam Bahasa Melayu.

Jallah nama ku, Jallah nama ku

Aku memberi salam kepada semua

Tidak kira Hindu atau Muslim

Baba, aku ingin berjabat tangan denganmu

Engkaulah Baba ku dan

Engkaulah sebenarnya Baba

Tolonglah sambut tangan ku

Aku ingin bersalam dengan mu

Tidak ramai yang tahu

Bahawa engkau seorang sultan

Engkaulah Baba ku

Engkaulah Sultan

Engkaulah Baba ku

Dan Engkaulah Sultan

Ketika itu juga Syeikh Mahmud berasa kagum dengan keagungan Allah Yang Maha Suci kerana walaupun negara itu penuh dengan gejala kekufuran dan kesyirikan tetapi di celah-celahnya terdapat seorang ahlullah yang besar.

Menurut Syeikh Mahmud orang tersebut adalah seorang ahlullah yang mengganti tempat Syeikh Abdullah Bin Harun yang meninggal pada tahun 1993 Masehi.

Last Updated on Friday, 11 December 2009 00:17
 
MUZAKARAH MAIS BERSAMA MADRASAH NURUL IMAN PDF Print E-mail
Berita - Aktiviti
Written by Administrator   
Wednesday, 20 January 2010 11:26
Muzakarah MAIS Bersama MNI
Pada 19 Jan 2010
Tempat: Ting 8, Pejabat Mufti ,Menara Utara
Bangunan MAIS,Shah Alam
Masa: 1025h – 1220h
Pengerusi: Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid
Ahli Panel;
Datuk Mohktar Shafie
Datuk Murtadza Syeikh Ahmad (Mantan Mufti Negeri 9)
Dr Abdul Manam Mohamad (UDM)
Dr Fakhrulnaim
Dr Uthman El Muhamady
Menjawab dakwaan mufti kerajaan negeri selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid melalui sidang media  dan laporan akhbar tempatan pada 20 jan 2010.( Berita Harian & Sinar Harian)
1. Tajuk berita “Tarikat Ismailiyyah kelirukan akidah” Berita Harian ms:6, ruang 1
Merujuk kepada tajuk berita ini pihak MNI ingin menafikan secara tegas bahawa MNI tidak mengamalkan dan terikat dengan mana-mana tarikat, sebaliknya MNI mengamal Aurad Ismailiyyah yakni mengasuh ummah supaya beramal dan berzikir mengikut susunan tok guru ismail.
Oleh itu, para pengikut aurad ini terdiri dari pelbagai golongan yang mana mereka bebas untuk beramal dan berzikir pada sebarang waktu dan tempat.
2. Perenggan 1,” masih boleh mengelirukan akidah umat Islam”
Melalui kenyataan ini, MNI ingin menegaskan bahawa unsur akidah yang asas adalah kalimah syahadah, justeru itu pihak MNI tidak pernah mengeluarkan sebarang ajaran untuk mengajar ummah menerima tuhan selain Allah  S.W.T. dan menolak Nabi Muhammad S.A.W.  sebagai Rasulullah .
Maka kekeliruan yang dimaksudkan oleh pihak MAIS adalah disanggah dengan sekerasnya..
3. Perenggan 4;” berkaitan amalan kebatinan tarikat itu seperti kuasa ghaib”
Adalah amat malang sekali kenyataan ini dikeluarkan oleh seorang mufti kerana kuasa ghaib bukanlah satu amalan kebatinan, sebaliknya adalah karamah yang dianugerahkan oleh Allah  kepada hambanya yang dipilih olehnya.
Oleh itu, apabila dikatakan amalan kebatinan maka sudah tentu ianya adalah satu perbuatan kerja yang dilakukan secara berulang dan tetap, maka disinilah kedengkilan ilmu yang dipamerkan oleh mufti dalam mengistilahkan amalan kebatinan dan karamah anugerah Allah  S.W.T..
Kita semua sedia maklum, kisah saidina umar al khattab memberi arahan perang kedada tentera Islam yang dipimpin oleh Saidina Khalid Al Walid, sedangkan Khalifah Omar sedang membaca khutbah di Madinah.
Apakah peristiwa ini kita nak katakan wahyu/ suara ketuhanan ?
4. Perenggan 5; “ adab berbicara juga tidak diberi keutamaan”
Dalam kenyataan ini jelas sekali lagi menampak pihak mufti dan ahli panel MAIS berada dalam keadaan yang cukup daif, sesungguhnya adab berbicara yang ditonjolkan oleh tuan guru adalah sikap tegas beliau dalam mendepani para ilmuan Islam  pentadbir agama yang menjadi tukang juak ampu kepada para pemimpin negara yang penuh dengan kemaksiatan akidah dan gejala kesongsangan akhlak generasi hari ini.
Sesungguhnya ketegasan suara dan sikap ini telah diputar belitkan oleh ahli panel.
Sebagaimana dari awal bicara, tuan guru telah menyatakan dengan tegas bahawa beliau dilatih untuk tidak tunduk kepada kemahuan mahkluk manusia sebaliknya hanya memberi keutamaan kepada perintah Allah  S.W.T..
Masyarakat harus tahu, siapakah ahli panel ini?
Sekali lagi jika kita menyingkap karakter saidina umar al khattab yang mempunyai sikap dan pendirian yang tegas dikalangan para sahabat, maka apakah kita nak melabelkan khalifah ini kurang adab?
Manakala, kisah dan pengalaman sheikh abdul qadir jailani, juga jelas mempamerkan sikap tegasnya dalam berdepan dengan para pendukung pemimpin kerajaan yang menolak keadilan  hukum Islam.( kisah bersama 40 orang pemimpin)
5. Perenggan 6; “ ketua tarikat tidak mempunyai neraca yang digunakan sebagai kayu ukur mengenai keesahan berkaitan kerohanian”
Adalah menjadi kebodohan yang nyata bagi ahli panel yang mengutara persoalan ini? Kerana jawapan tuan guru adalah mencapai ketenangan setelah beramal dengan aurad ini. Jika diminta pengesahannya , apakah manusia mampu menafsirkan tahap khusyuknya dalam ibadah, dan dapatkan pengesahan dari individu lain atau MAIS tentukan taraf khusyuk itu?
Maka, jelaslah ahli panel terlalu daif, dan tak perlu dilayan soalannya.
6. Perenggan 8; “ pengasas tarikat itu pernah mendakwa menerima wahyu dari langit”
Sesungguhnya kenyataan ini amat tragis sekali, kerana tuan guru tidak pernah mendakwa menerima sebarang wahyu.
Maka, MNI mencabar pihak mufti dan ahli panel sebutkan atau buktikan ayat atau surah yang diterbitkan, ditambahkan dalam al quran untuk dijadikan sandaran tuduhan ini.
Maka kami ingin mendakwa bahawa ini adalah fitnah !! ( tindakan mahkamah boleh dipertimbangkan) minta rakaman muzakarah sebagai bukti bahawaisu wahyu langsung tidak dibincangkan dan disebut.
7. “mendakwa pernah menjadi penasihat agama kepada beberapa pemimpin negara dan luar negara tanpa disandarkan kepada bukti.”
Kebimbangan pihak MAIS dan ahli panel jelas terbukti, apabila kenyataan ini diutarakan, ianya harus di buktikan melalui lantikan watikah bertulis.
Maka sukacita MNI ingin memaklumkan bahawa segala nasihat dan pandangan diberikan kepada para pempimpin ini adalah secara mesra ummah dan percuma tanpa menerima apa-apa bayaran elaun bulanan atau saguhati. Ianya lebih bersifat atas kaedah dakwah iaitu bahawa agama itu adalah nasihat.
Maka, buktinya secara lantikan ini sememangnya tiada diterima dari mana kerajaan pun, namun ianya dapat dilihat  melalui pengiktirafan kunjungan dan sambutan hormat dari para pemimpin negara dan agama dari dalam dan luar negara.
Petikan laporan melalui sinar harian.
8. Ruang 3 perenggan 2; “ mendakwa bahawa beliau telah sudah bertapa di sebuah hutan di kedah selain mendakwa turut berkawan dengan ular, singa dan harimau ketika bertapa di situ”
Ini satu lagi kenyataan yang cukup dangkal dan mengelirukan dan mempunyai niat hasad untuk memperlekeh usaha tuan guru, sedarlah bahwa usaha beruzlah yang dilakukan oleh tuan guru adalah untuk melatih diri supaya tidak tunduk dan takut kepada mahkluk ciptaan Allah   S.W.T. dan bukannya seperti dakwaan hidup berkawan dengan binatang ganas dan buas ini. Malahan adalah tidak tepat sama sekali di hutan malaysia ini terdapat singa, kerana habitat singa bukannya di hutan tropika. Secara tabii ular dan harimau pun tak ingin hidupnya diganggu oleh manusia.
Inilah pendustaan dalam kenyataan MAIS, latihan ini dilaksanakan secara ulang-alik dan dalam masa  2 ke 3 hari saja dan bukannya untuk sepenuh masa. Adalah dimaklumkan usaha uzlah ini berjalan selama 7 tahun lamanya.
Rumusan
Majlis ini tidak berlangsung dengan secara adil kerana hanya pihak MAIS melalui ahli panel sahaja yang boleh menyoal dan kami di pihak MNI hanya tuan guru sahaja yang boleh menjawab.
Pihak MAIS juga gagal untuk bertindak secara bijaksana apabila kami dapat mengesan sanggahannya berhubung cawangan MNI yang berada di dalam dan luar negara. Maka, mereka cuba mengaitkan MNI adalah sesat dan terlibat dengan rangkaian keganasan antarabangsa.
Maka, adalah didapati bahawa MAIS telah berperanan untuk mengelirukan ummah melalui kenyataan media ini.
Sekian.segala kelemahan mohon petunjuk illahi, selawat dan salam  buat kekasih Allah, Nabi Muhammad S.A.W..
Kesimpulan
Adalah menjadi tanggungjawab untuk kita terus melakukan usaha dakwah bagi mengajak ummah agar tidak menjadi dunia sebagai matlamat segalanya, sebaliknya menjadikan dunia adalah ladang untuk melakukan tanaman akhirat.
Sesungguhnya  benar kata guru bahawa masyarakat kita masih lagi seperti katak dibawah tempurung.
Keinsafan yang nyata  adalah bagaimana hebatnya celaan , fitnah dan hasad yang dipamerkan oleh pihak MAIS, sesungguhnya Rasulullah S.A.W. menghadapi lebih hebat dari ini.
Adalah menjadi kewajipan kita untuk tidak menghalang usaha kebajikan yang dilakukan oleh orang lain; sekiranya  kita diluar kemampuan untuk melaksanakannya
Muzakarah MAIS Bersama MNI
Pada 19 Jan 2010
Tempat: Ting 8, Pejabat Mufti ,Menara Utara
Bangunan MAIS,Shah Alam

Masa: 1025h – 1220h
Pengerusi: Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid

Ahli Panel;
Datuk Mohktar Shafie
Datuk Murtadza Syeikh Ahmad (Mantan Mufti Negeri 9)
Dr Abdul Manam Mohamad (UDM)
Dr Fakhrulnaim
Dr Uthman El Muhamady

Menjawab dakwaan mufti kerajaan negeri selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid melalui sidang media  dan laporan akhbar tempatan pada 20 jan 2010.( Berita Harian & Sinar Harian)

1. Tajuk berita “Tarikat Ismailiyyah kelirukan akidah” Berita Harian ms:6, ruang 1
Merujuk kepada tajuk berita ini pihak MNI ingin menafikan secara tegas bahawa MNI tidak mengamalkan dan terikat dengan mana-mana tarikat, sebaliknya MNI mengamal Aurad Ismailiyyah yakni mengasuh ummah supaya beramal dan berzikir mengikut susunan tok guru ismail.

Oleh itu, para pengikut aurad ini terdiri dari pelbagai golongan yang mana mereka bebas untuk beramal dan berzikir pada sebarang waktu dan tempat.
2. Perenggan 1,” masih boleh mengelirukan akidah umat Islam”
Melalui kenyataan ini, MNI ingin menegaskan bahawa unsur akidah yang asas adalah kalimah syahadah, justeru itu pihak MNI tidak pernah mengeluarkan sebarang ajaran untuk mengajar ummah menerima tuhan selain Allah  S.W.T. dan menolak Nabi Muhammad S.A.W.  sebagai Rasulullah . Maka kekeliruan yang dimaksudkan oleh pihak MAIS adalah disanggah dengan sekerasnya..

3. Perenggan 4;” berkaitan amalan kebatinan tarikat itu seperti kuasa ghaib”
Adalah amat malang sekali kenyataan ini dikeluarkan oleh seorang mufti kerana kuasa ghaib bukanlah satu amalan kebatinan, sebaliknya adalah karamah yang dianugerahkan oleh Allah  kepada hambanya yang dipilih olehnya.

Oleh itu, apabila dikatakan amalan kebatinan maka sudah tentu ianya adalah satu perbuatan kerja yang dilakukan secara berulang dan tetap, maka disinilah kedengkilan ilmu yang dipamerkan oleh mufti dalam mengistilahkan amalan kebatinan dan karamah anugerah Allah  S.W.T..
Kita semua sedia maklum, kisah saidina Umar al Khattab memberi arahan perang kedada tentera Islam yang dipimpin oleh Saidina Khalid Al Walid, sedangkan Khalifah Umar sedang membaca khutbah di Madinah. Apakah peristiwa ini kita nak katakan wahyu/ suara ketuhanan ?

4. Perenggan 5; “ adab berbicara juga tidak diberi keutamaan”
Dalam kenyataan ini jelas sekali lagi menampak pihak mufti dan ahli panel MAIS berada dalam keadaan yang cukup daif, sesungguhnya adab berbicara yang ditonjolkan oleh tuan guru adalah sikap tegas beliau dalam mendepani para ilmuan Islam  pentadbir agama yang menjadi tukang juak ampu kepada para pemimpin negara yang penuh dengan kemaksiatan akidah dan gejala kesongsangan akhlak generasi hari ini.
Sesungguhnya ketegasan suara dan sikap ini telah diputar belitkan oleh ahli panel.

Sebagaimana dari awal bicara, tuan guru telah menyatakan dengan tegas bahawa beliau dilatih untuk tidak tunduk kepada kemahuan mahkluk manusia sebaliknya hanya memberi keutamaan kepada perintah Allah  S.W.T.. Masyarakat harus tahu, siapakah ahli panel ini?

Sekali lagi jika kita menyingkap karakter saidina umar al khattab yang mempunyai sikap dan pendirian yang tegas dikalangan para sahabat, maka apakah kita nak melabelkan khalifah ini kurang adab?

Manakala, kisah dan pengalaman sheikh abdul qadir jailani, juga jelas mempamerkan sikap tegasnya dalam berdepan dengan para pendukung pemimpin kerajaan yang menolak keadilan  hukum Islam.( kisah bersama 40 orang pemimpin)

5. Perenggan 6; “ ketua tarikat tidak mempunyai neraca yang digunakan sebagai kayu ukur mengenai keesahan berkaitan kerohanian”

Adalah menjadi kebodohan yang nyata bagi ahli panel yang mengutara persoalan ini? Kerana jawapan tuan guru adalah mencapai ketenangan setelah beramal dengan aurad ini. Jika diminta pengesahannya , apakah manusia mampu menafsirkan tahap khusyuknya dalam ibadah, dan dapatkan pengesahan dari individu lain atau MAIS tentukan taraf khusyuk itu? Maka, jelaslah ahli panel terlalu daif, dan tak perlu dilayan soalannya.

6. Perenggan 8; “ pengasas tarikat itu pernah mendakwa menerima wahyu dari langit”

Sesungguhnya kenyataan ini amat tragis sekali, kerana tuan guru tidak pernah mendakwa menerima sebarang wahyu.

Maka, MNI mencabar pihak mufti dan ahli panel sebutkan atau buktikan ayat atau surah yang diterbitkan, ditambahkan dalam al quran untuk dijadikan sandaran tuduhan ini.
Maka kami ingin mendakwa bahawa ini adalah fitnah !! ( tindakan mahkamah boleh dipertimbangkan) minta rakaman muzakarah sebagai bukti bahawaisu wahyu langsung tidak dibincangkan dan disebut.

7. “mendakwa pernah menjadi penasihat agama kepada beberapa pemimpin negara dan luar negara tanpa disandarkan kepada bukti.”
Kebimbangan pihak MAIS dan ahli panel jelas terbukti, apabila kenyataan ini diutarakan, ianya harus di buktikan melalui lantikan watikah bertulis.

Maka sukacita MNI ingin memaklumkan bahawa segala nasihat dan pandangan diberikan kepada para pempimpin ini adalah secara mesra ummah dan percuma tanpa menerima apa-apa bayaran elaun bulanan atau saguhati. Ianya lebih bersifat atas kaedah dakwah iaitu bahawa agama itu adalah nasihat.

Maka, buktinya secara lantikan ini sememangnya tiada diterima dari mana kerajaan pun, namun ianya dapat dilihat  melalui pengiktirafan kunjungan dan sambutan hormat dari para pemimpin negara dan agama dari dalam dan luar negara.
Petikan laporan melalui sinar harian.

8. Ruang 3 perenggan 2; “ mendakwa bahawa beliau telah sudah bertapa di sebuah hutan di kedah selain mendakwa turut berkawan dengan ular, singa dan harimau ketika bertapa di situ”.

Ini satu lagi kenyataan yang cukup dangkal dan mengelirukan dan mempunyai niat hasad untuk memperlekeh usaha tuan guru, sedarlah bahwa usaha beruzlah yang dilakukan oleh tuan guru adalah untuk melatih diri supaya tidak tunduk dan takut kepada mahkluk ciptaan Allah   S.W.T. dan bukannya seperti dakwaan hidup berkawan dengan binatang ganas dan buas ini. Malahan adalah tidak tepat sama sekali di hutan malaysia ini terdapat singa, kerana habitat singa bukannya di hutan tropika. Secara tabii ular dan harimau pun tak ingin hidupnya diganggu oleh manusia.

Inilah pendustaan dalam kenyataan MAIS, latihan ini dilaksanakan secara ulang-alik dan dalam masa  2 ke 3 hari saja dan bukannya untuk sepenuh masa. Adalah dimaklumkan usaha uzlah ini berjalan selama 7 tahun lamanya.

Rumusan
Majlis ini tidak berlangsung dengan secara adil kerana hanya pihak MAIS melalui ahli panel sahaja yang boleh menyoal dan kami di pihak MNI hanya tuan guru sahaja yang boleh menjawab.

Pihak MAIS juga gagal untuk bertindak secara bijaksana apabila kami dapat mengesan sanggahannya berhubung cawangan MNI yang berada di dalam dan luar negara. Maka, mereka cuba mengaitkan MNI adalah sesat dan terlibat dengan rangkaian keganasan antarabangsa.

Maka, adalah didapati bahawa MAIS telah berperanan untuk mengelirukan ummah melalui kenyataan media ini.
Sekian.segala kelemahan mohon petunjuk illahi, selawat dan salam  buat kekasih Allah, Nabi Muhammad S.A.W..
Kesimpulan
Adalah menjadi tanggungjawab untuk kita terus melakukan usaha dakwah bagi mengajak ummah agar tidak menjadi dunia sebagai matlamat segalanya, sebaliknya menjadikan dunia adalah ladang untuk melakukan tanaman akhirat.
Sesungguhnya  benar kata guru bahawa masyarakat kita masih lagi seperti katak dibawah tempurung.

Keinsafan yang nyata  adalah bagaimana hebatnya celaan , fitnah dan hasad yang dipamerkan oleh pihak MAIS, sesungguhnya Rasulullah S.A.W. menghadapi lebih hebat dari ini.

Adalah menjadi kewajipan kita untuk tidak menghalang usaha kebajikan yang dilakukan oleh orang lain; sekiranya  kita diluar kemampuan untuk melaksanakannya.
Last Updated on Friday, 22 January 2010 06:47
 
Tetamu dari Kolej Universiti Islam Selangor PDF Print E-mail
Berita - Aktiviti
Written by Administrator   
Tuesday, 29 December 2009 16:33

tetamu dari KUIS

Pada Selasa, 29 Disember 2009 jam 2petang, Madrasah Nurul Iman Hulu Langat menerima satu rombongan tetamu dari Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS). Mereka terdiri dari 40 orang pelajar tahun akhir dari Kuliah Usuluddin bersama Professor Hamidun bin Husin.

Makan tengahari

Para tetamu menikmati makan tengahari yang dihidangkan.

Taklimat tentang Madrasah Nurul Iman

Sesi taklimat ringkas tentang sejarah hidup Syeikh Mahmud Al-Majzub serta pokok ajaran kesufiannya.

sesi soal jawab

Sesi soal jawab yang merungkai segala persoalan yang timbul bagi memberi penjelasan dan gambaran sebenar tentang Syeikh Mahmud Al-Majzub menerusi saluran yang betul.

Ust Salehuddin (kiri) Ust Zahari (kanan)

Ustaz Hj Salehuddin dan Ustaz Zahari menjawab persoalan yang diutarakan dengan tenang.

minum petang

Tetamu menikmati minum petang bersama penduduk Kg Nurul Iman.

dalam galeri

Para tetamu melawat Galeri Nurul Iman yang menempatkan gambar dan bahan sejarah perjuangan Syeikh Mahmud Al-Majzub menerapkan kesufian dalam masyarakat Islam dalam dan luar negara. Professor Hamidun bin Husin (berbaju biru menyandang beg hitam).

Sila lihat Menu Album untuk melihat gambar-gambar disekitar kunjungan tersebut.

Last Updated on Wednesday, 30 December 2009 13:59
 
PERBEZAAN ANTARA WAHYU DAN HATIF (SUARA KETUHANAN) PDF Print E-mail
User Rating: / 6
PoorBest 
Berita - Terbitan
Written by Administrator   
Friday, 22 January 2010 14:28
بسم الله الرحمن الرحيم
PERBEZAAN ANTARA WAHYU DAN HATIF (SUARA KETUHANAN)
Jawapan terhadap fitnah JAIS terhadap pemimpin Madrasah Nurul Iman ; Pendokong Tarikat Ahmadiah Qadiriah, Syeikh Mahmud Al-Majzub.
Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam, Selawat dan Salam kepada Rasul junjungan Nabi Muhammad S.A.W. dan kepada keluarganya, sahabatnya dan orang-orang yang mengikuti mereka sehingga kehari pembalasan.
Firman Allah Taala: Di dalam surah Al-Bakarah : Ayat 191:
(وَالْفِتْنَةُ أَشَدُّ مِنَ الْقَتْلِ )
Ertinya: Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan.
Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah Ta’ala sekalian, pada hari Rabu, 20 Januari 2010, kita di Selangor khususnya dan di Malaysia amnya telah gempar dengan satu fitnah yang dibuat oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor; (JAIS), melalui akhbar Sinar Harian dan lain-lain.
Di dalam akhbar tersebut dinyatakan bahawa pemimpin Madrasah Nurul Iman ataupun pendokong Tarikat Ahmadiah Qadiriah, Syeikh Mahmud Al-Majzub mendakwa beliau menerima wahyu daripada Allah. Fitnah ini dibuat ekoran daripada majlis muzakarah di antara Syeikh Mahmud Al-Majzub dengan pihak (JAIS), pada 19 Januari 2010. Dalam pertemuan itu pihak Jabatan Agama Islam Selangor bertanya berdasarkan maklumat yang tertulis di dalam buku Sejarah Hidup Syeikh Mahmud Al-Majzub.
Di dalamnya tertulis bahawa Syeikh Mahmud Al-Majzub berkata, “Saya mendengar (suara ketuhanan)”. Daripada kata-kata inilah pihak Jabatan Agama Islam Selangor cuba putar-belitkan kenyataan dengan berkata bahawa Syeikh Mahmud Al-Majzub mendakwa bahawa beliau menerima wahyu daripada Allah.
Justeru kami sebagai pengikut setia Syeikh Mahmud Al-Majzub terpanggil untuk menjawab segala tuduhan fitnah yang besar ini demi kesejahteraan akidah umat Islam sekalian. Walaupun Jabatan Agama Islam Selangor adalah satu badan kerajaan yang bertanggungjawab memelihara kesucian akidah umat Islam tetapi mereka sendiri yang cuba memutar belitkan kenyataan dan mengelirukan orang ramai.
Muslimin muslimat yang dirahmati Allah sekalian,
Sebenarnya pengertian “Wahyu” dan “Suara Ketuhanan” adalah dua perkataan yang jauh berbeza seperti langit dengan bumi. Betapa lucunya ‘alim ulama’ yang bertanggungjawab menjaga kesucian akidah umat Islam, mereka tidak tahu membezakan di antara intan dan kaca, lalu yang benar mereka katakan sesat dan yang sesat mereka katakan benar.
Berkata ‘alim ulama’ di dalam kitab tauhid, pengertian wahyu ialah kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. dengan perantaraan Jibril a.s. Kita sebagai umat Islam di Malaysia, berpegang teguh kepada akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang dipelopori oleh Imam Abu Hassan Al-Asyari. Kita percaya dan beriktikad dengan keseluruhan sifat 20 yang wajib bagi Allah Ta’ala. Di antaranya ialah sifat kalam (كلام). Maknanya ialah Allah berkata-kata.
Firman Allah Ta’ala di dalam surah An-Nisa: Ayat 164.
( وَكَلَّمَ اللهُ مُوْسَى تَكْلِيْمًا )
Ertinya: Dan Allah telah berkata-kata kepada Musa a.s. dengan secara langsung.
Iaitu kata-kata Allah yang tidak bersuara ,tidak berhuruf, tidak berpihak. Pihak kanan tidak, pihak kiri pun tidak. Pihak atas tidak, pihak bawah pun tidak. Pihak depan tidak, pihak belakang pun tidak, pihak tengah pun tidak. Tidak ada bagaimana dan tidak ada macammana. Hanya Allah Ta’ala sahaja yang mengetahui hakikatnya.
Berkata Imam Fakhruddin Ar-Razi Rahimahullah: Ada wahyu yang datang dengan makna ilham seperti mana yang tersebut di dalam surah Al-Khasas : Ayat 7.
( وَأَوْحَيْنَا اِلَى أُمِّ مُوْسَى )
Ertinya: Dan kami ilhamkan kepada Ibu Musa a.s.
Begitu juga berkata Imam Alusi di dalam Tafsir Ruhul Ma’ani di dalam surah An-Nahlu: Ayat 68.
( وَأَوْحَى رَبُّكَ اِلَى النَّحْلِ )
Ertinya: Dan Tuhanmu telah mengilhamkan kepada lebah.
Sementara itu “Suara Ketuhanan” adalah perkataan arab yang diterjemahan ke Bahasa Melayu. Perkataan arabnya adalah berbunyi “Hatif”. Hatif merupakan salah satu cabang daripada cabang ilham. Oleh kerana suara hatif itu menyuruh buat kebaikan tetapi yang menyuruhnya kita tidak tahu sesiapa maka kita nisbahkan ataupun idafahkan daripada Allah Ta’ala sebagai nisbah ataupun idafat tashrifiyyah.
Firman Allah Ta’ala di dalam surah An-Nisa: Ayat 79.
( مَا أَصَابَكَ مِنْ حَسَنَةٍ فَمِنَ الله )
Ertinya: Apa saja nikmat kebaikan yang kamu perolehi adalah daripada Allah.
Contoh nisbah atau idafah tashrifiyyah banyak terdapat di dalam Al-Quran Al-Karim Surah Al-‘Araf: Ayat 73, seperti: ( نَاقَةُ الله ) dan ( بَيْتُ الله ) di dalam Hadis dan lafaz  (رُوْحُ الله) sebagai gelaran Nabi Isa a.s.
Kita masih lagi waras dan percaya bahawa Allah Ta’ala tidak berhajat kepada unta sebagai tunggangan dan tidak berhajat kepada rumah sebagai tempat tinggal dan tidak berhajat kepada roh untuk hidup, semuanya itu adalah makhluk ciptaan Allah Ta’ala, namun nisbah dan idafah yang tersebut adalah untuk memuliakan unta Nabi Soleh A.S. dan untuk memuliakan Ka’abah yang dibina oleh Nabi Ibrahim A.S. dan anaknya Nabi Ismail A.S. juga untuk memuliakan roh ciptaan Allah yang Allah tiupkan ke dalam jasad Nabi Isa A.S.
Sebenarnya kami masih lagi dapat membezakan diantara suara Tuhan dan suara ketuhanan. Barangsiapa yang percaya dan beriktikad Tuhan mempunyai suara seperti makhlukNya telah ijma’ ulama’ ia telah menjadi kafir dan terkeluar daripada Ahli Sunnah Waljamaah kerana menyerupakan Allah Ta’ala dengan yang baharu.
Firman Allah Taala di dalam Surah Syura: Ayat 11.
( لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيْعُ البَصِيْر )
Ertinya: Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia dan Dialah yang Maha mendengar lagi Maha melihat.
Sementara itu suara ketuhanan pula adalah ilham yang dinisbah dan diidafahkan kepada Tuhan sepertimana  yang tersebut di dalam Hadis Abdullah Bin Masud.
Di dalam buku Syeikh Abdul Qader Al-Jilani radiallah anhu yang diterjemahkan oleh Syeikh Abdul Majid Bin Haji Khatib muka surat 74 tulisannya seperti yang berikut: (berkenaan Nabi besar Muhammad s.a.w sendiri memuji Nabi (dirinya sendiri) tetapi perkataan yang disampaikan oleh ilham ketuhanan itu sebenarnya keluar dari mulut Nabi sendiri dan Nabi Muhammad adalah Nabi yang paling Agong sekali. Serupa juga dengan hal ini, perkataan yang diucapkan itu disampaikan oleh ilham ketuhanan dan dicakapkan oleh lidah Syeikh Abdul Qader Al-Jilani sendiri).
Daripada terjemahan yang tersebut kita dapati Syeikh Abdul Majid Bin Haji Khatib dapat membezakan di antara suara Tuhan dengan suara ketuhanan. “Suara Ketuhanan” dalam bahasa arabnya disebut ( hatif ). Hatif adalah sebahagian daripada ilham. Ilham pula ada yang terus daripada Allah Taala dan ada daripada para malaikat. Sebab itulah Syeikh Abdul Majid Bin Haji Khatib terjemahkan didalam bahasa Melayunya dengan ungkapan (ilham ketuhanan).
Muslimin Muslimat yang dirahmati oleh Allah sekalian,
Berkata Imam Syarif Ar-Jurjani Rahimahullah di dalam kitabnya At-Ta’arifat: Pengertian ilham ialah apa yang dicampak di dalam hati dengan cara limpahan. Pendapat yang lain pula berkata satu ilmu yang tercetus di dalam hati dan menyeru supaya beramal dengan tanpa menggunakan ayat sebagai dalil dengan tanpa melihat kepada hujah.
Ilham itu kadang-kadang daripada Allah Ta’ala dan kadang-kadang daripada Malaikat yang dapat difahami daripadanya perintah, tegahan, memberi semangat dan memberi amaran.
Contoh ilham daripada Allah Ta’ala sepertimana yang tersebut di dalam surah Maryam: Ayat 25-26.
( وَهُزِّىْ اِلَيْكِ بِجِذْعِ النَخْلَةِ تُسَاقِطْ عَلَيْكِ رُطَبًا جَنِيًّا * فَكُلِيْ وَشْرَبِيْ وَقَرِّىْ عَيْنًا ).
Ertinya: Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugur buah yang masak kepadamu maka makan, minum dan bersenang hatilah kamu.
Dan contoh ilham daripada Malaikat daripada Hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah Bin Mas’ud r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w :
واما لمة الملك فإيعاد بالخير وتصديق بالحق فمن وجد ذالك فليعلم أنه من الله فليحمد الله.
رواه الترمذى.
Ertinya: Adapun lintasan atau ilham daripada Malaikat yang menjanjikan dengan kebaikan dan membenarkan akan kebenaran. Barangsiapa yang mendapati yang demikian itu maka hendaklah dia mengetahui bahawasanya ia daripada Allah maka hendaklah dia memuji Allah.
Namun Allah Ta’ala menegur hamba-hambanya yang soleh yang bersih hati mereka daripada kekotoran dunia dengan berbagai-bagai cara, ada yang Allah tegur dengan هاتف suara ketuhanan dan ada yang Allah Ta’ala tegur dengan فراسة pandangan dengan mata hati dan ada yang Allah Ta’ala tegur mereka dengan خواطر lintasan hati dan ada yang Allah Ta’ala tegur mereka dengan melalui رؤية صالحة mimpi yang baik dan lain-lain lagi seperti mana yang telah ditulis oleh Imam Abu Bakar Al-Kilabazi di dalam kitab:
التعرف لمذهب اهل التصوف ,
Muslimin muslimat yang dirahmati Allah sekalian,
Sekiranya Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) perasan bahawa agama Islam itu harta warisan bapa mereka, mereka boleh mengeluarkan sesiapa saja daripada Ahli Sunnah Waljamaah dengan hanya mengikut ukuran ilmu yang cetek ataupun boleh melemparkan dengan tuduhan sesat, kufur, musyrik sewenang-wenangnya, maka mereka bertanggungjawab dihadapan Allah Ta’ala di padang mahsyar kelak kerana mengatakan terkeluar daripada Ahli Sunnah Waljamaah, sesat , kufur dan musyrik kepada Imam-Imam besar Ahli Tasauf dan ‘Auliaillah seperti Imam Junaid Al-Baghdadi, Ibrahim Bin Adham, Rabiatul Adawiyyah Radiallah ‘Anhum Ajmain dan lain-lain lagi.
Di sini kami sajikan kepada pencinta-pencinta kebenaran kisah imam-imam besar ahli tasauf yang mana mereka menyebut perkataaan (hatif) kemudian diterjemahkan oleh penterjemah kitab-kitab tasauf yang terkenal Abdul Majid Bin Haji Khatib dengan terjemahan suara walaupun beliau tidak menyebut perkataan ketuhanan namun mafhumnya adalah suara ketuhanan berdasarkan terjemahan pada tempat yang lain.
Marilah kita bersama-sama mengikuti kisah mereka:
1. Imam Junaid r.a : Empat puluh tahun berturut-turut lamanya Junaid berjaga sepanjang malam membuat amal ibadat kepada Tuhan, timbullah sombong dan megah pada dirinya yang dia telah mencapai ketinggian dalam bidang kerohanian itu, terdengar olehnya suara yang memberi amaran masanya telah sampai bagimu digelar kafir. Junaid menjerit ‘Allah’ apakah dosaku? Jawab suara itu adakah satu dosa yang lain yang lebih besar daripada kamu mengisbadkan dirimu belum lagi fana’kan diri dan baka’ bersama Allah. Beliau mengeluh dan terus sujud lalu berkata barangsiapa yang tidak mencapai fana’ dirinya dan baka’ bersama Allah maka semua kebaikan yang dibuatnya adalah mengandungi dosa.
2. Ibrahim Bin Adham r.a : Kisah Ibrahim Bin Adham bertemu dengan anak isterinya. Apabila Ibrahim Bin Adham bertemu dengan anaknya maka anaknya memberi salam kepada bapanya, lalu Ibrahim pun memeluk anaknya dan bertanya kepada anaknya itu apakah agamanya? Anaknya menjawab bahawa ia adalah orang Islam, “Tahukah kamu Al-Quran?” Tanya Ibrahim Bin Adham. Jawab anaknya, “Ya!” Tatkala Ibrahim berdiri hendak pergi anaknya terus memeluk beliau dan permaisurinya juga merasa sedih kerana perjumpaan itu sebentar sahaja. Ibrahim Bin Adham diam kemudian ia berdoa, “Aku cinta kepada Mu Ya Allah tidak kepada yang lain”, sebentar itu juga anak itupun menghembuskan nafasnya yang terakhir di dalam pelukan bapanya. Murid-murid Ibrahim Bin Adham terkejut melihat peristiwa itu dan bertanya kepada beliau apakah maksud peristiwa itu? Ibrahim Bin Adham menjawab, “Apabila aku mula-mula memeluk anakku itu perasaan cinta timbul padaku, tiba-tiba aku terdengar suara berkata: Ibrahim! Engkau mengaku cinta seluruhnya kepada-Ku tetapi kenapa engkau cinta pula kepada yang lain? Engkau larang murid-murid mu melihat belia-belia tetapi engkau sendiri bercakap-cakap dengan isteri dan anakmu, buatlah pilihan sama ada cinta kepada-Ku sahaja atau anak dan isterimu. Dengan segera aku berdoa, “dengarlah rayuanku wahai Tuhan, oleh kerana cinta kepada anak menarik perhatianku daripada-Mu dan tidak mengingat-Mu walau sedetik pun maka lebih baiklah Engkau cabut nyawaku atau nyawanya.” Tuhan kabulkan doa Ibrahim lalu nyawa anaknya itupun diambil oleh Allah.
3. Rabiatul ‘Adawiyyah r.a : Kisah Rabiatul ‘Adawiyyah pergi ke Ka’abah. Beliau berdoa kepada Allah, “Oh Tuhan, perlihatkanlah diri-Mu kepadaku.” Beliau pun berguling di atas tanah dalam perjalanan itu, terdengar suara, “Rabiah hati-hatilah jika Aku perlihatkan diri-Ku padamu kamu akan jadi abu”. Rabiah menjawab, “Aku tidak berdaya memandang keagongan dan kebesaran-Mu kurniakanlah kepadaku kefakiran (zahid) yang mulia disisi-Mu.” Terdengar lagi suara berkata, “Kamu tidak sesuai dengan itu, kemuliaan seperti itu dikhaskan untuk kaum lelaki yang menfana’kan diri mereka semasa hidup mereka kerana-Ku”.
Demikianlah serba ringkas penjelasan tentang perbezaan “Wahyu” dengan “Hatif ” (suara ketuhanan). Semoga ia menjadi petunjuk bagi orang yang Allah Ta’ala bukakan hati mereka dan menjadi bertambah gelap atas kegelapan  bagi orang yang Allah Ta’ala tutupkan hati mereka.
Kami sudahi dengan pepatah Arab:
إن الزكي يكتفى بمثال واحد مالا يكتفى الغبي بألف شاهد
Ertinya: Sesungguhnya orang yang pintar itu memadai dengan satu contoh sahaja apa yang tidak memadai oleh orang yang bodoh dengan seribu bukti.
وبالله التوفيق والهداية والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Pena,                                                                                                                              Tarikh: 21 Januari 2010
Nurul Iman
بسم الله الرحمن الرحيم

PERBEZAAN ANTARA WAHYU DAN HATIF (SUARA KETUHANAN)

Jawapan terhadap fitnah JAIS terhadap pemimpin Madrasah Nurul Iman ; Pendokong Tarikat Ahmadiah Qadiriah, Syeikh Mahmud Al-Majzub.

Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam, Selawat dan Salam kepada Rasul junjungan Nabi Muhammad S.A.W. dan kepada keluarganya, sahabatnya dan orang-orang yang mengikuti mereka sehingga ke hari pembalasan.

Firman Allah Ta'ala: Di dalam surah Al-Baqarah : Ayat 191:
(وَالْفِتْنَةُ أَشَدُّ مِنَ الْقَتْلِ )
Ertinya: Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan.

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah Ta’ala sekalian, pada hari Rabu, 20 Januari 2010, kita di Selangor khususnya dan di Malaysia amnya telah gempar dengan satu fitnah yang dibuat oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor; (JAIS), melalui akhbar Sinar Harian dan lain-lain.

Di dalam akhbar tersebut dinyatakan bahawa pemimpin Madrasah Nurul Iman ataupun pendokong Tarikat Ahmadiah Qadiriah, Syeikh Mahmud Al-Majzub mendakwa beliau menerima wahyu daripada Allah. Fitnah ini dibuat ekoran daripada majlis muzakarah di antara Syeikh Mahmud Al-Majzub dengan pihak (JAIS), pada 19 Januari 2010. Dalam pertemuan itu pihak Jabatan Agama Islam Selangor bertanya berdasarkan maklumat yang tertulis di dalam buku Sejarah Hidup Syeikh Mahmud Al-Majzub.

Di dalamnya tertulis bahawa Syeikh Mahmud Al-Majzub berkata, “Saya mendengar (suara ketuhanan)”. Daripada kata-kata inilah pihak Jabatan Agama Islam Selangor cuba putar-belitkan kenyataan dengan berkata bahawa Syeikh Mahmud Al-Majzub mendakwa bahawa beliau menerima wahyu daripada Allah.

Justeru kami sebagai pengikut setia Syeikh Mahmud Al-Majzub terpanggil untuk menjawab segala tuduhan fitnah yang besar ini demi kesejahteraan akidah umat Islam sekalian. Walaupun Jabatan Agama Islam Selangor adalah satu badan kerajaan yang bertanggungjawab memelihara kesucian akidah umat Islam tetapi mereka sendiri yang cuba memutar belitkan kenyataan dan mengelirukan orang ramai.

Muslimin muslimat yang dirahmati Allah sekalian,

Sebenarnya pengertian “Wahyu” dan “Suara Ketuhanan” adalah dua perkataan yang jauh berbeza seperti langit dengan bumi. Betapa lucunya ‘alim ulama’ yang bertanggungjawab menjaga kesucian akidah umat Islam, mereka tidak tahu membezakan di antara intan dan kaca, lalu yang benar mereka katakan sesat dan yang sesat mereka katakan benar.

Berkata ‘alim ulama’ di dalam kitab tauhid, pengertian wahyu ialah kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. dengan perantaraan Jibril a.s. Kita sebagai umat Islam di Malaysia, berpegang teguh kepada akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang dipelopori oleh Imam Abu Hassan Al-Asyari. Kita percaya dan beriktikad dengan keseluruhan sifat 20 yang wajib bagi Allah Ta’ala. Di antaranya ialah sifat kalam (كلام). Maknanya ialah Allah berkata-kata.

Firman Allah Ta’ala di dalam surah An-Nisa: Ayat 164.
( وَكَلَّمَ اللهُ مُوْسَى تَكْلِيْمًا )
Ertinya: Dan Allah telah berkata-kata kepada Musa a.s. dengan secara langsung.

Iaitu kata-kata Allah yang tidak bersuara ,tidak berhuruf, tidak berpihak. Pihak kanan tidak, pihak kiri pun tidak. Pihak atas tidak, pihak bawah pun tidak. Pihak depan tidak, pihak belakang pun tidak, pihak tengah pun tidak. Tidak ada bagaimana dan tidak ada macammana. Hanya Allah Ta’ala sahaja yang mengetahui hakikatnya.

Berkata Imam Fakhruddin Ar-Razi Rahimahullah: Ada wahyu yang datang dengan makna ilham seperti mana yang tersebut di dalam surah Al-Qasas : Ayat 7.
( وَأَوْحَيْنَا اِلَى أُمِّ مُوْسَى )
Ertinya: Dan kami ilhamkan kepada Ibu Musa a.s.

Begitu juga berkata Imam Alusi di dalam Tafsir Ruhul Ma’ani di dalam surah An-Nahl: Ayat 68.
( وَأَوْحَى رَبُّكَ اِلَى النَّحْلِ )
Ertinya: Dan Tuhanmu telah mengilhamkan kepada lebah.

Sementara itu “Suara Ketuhanan” adalah perkataan arab yang diterjemahan ke Bahasa Melayu. Perkataan arabnya adalah berbunyi “Hatif”. Hatif merupakan salah satu cabang daripada cabang ilham. Oleh kerana suara hatif itu menyuruh buat kebaikan tetapi yang menyuruhnya kita tidak tahu sesiapa maka kita nisbahkan ataupun idafahkan daripada Allah Ta’ala sebagai nisbah ataupun idafat tashrifiyyah.

Firman Allah Ta’ala di dalam surah An-Nisa: Ayat 79.
( مَا أَصَابَكَ مِنْ حَسَنَةٍ فَمِنَ الله )
Ertinya: Apa saja nikmat kebaikan yang kamu perolehi adalah daripada Allah.

Contoh nisbah atau idafah tashrifiyyah banyak terdapat di dalam Al-Quran Al-Karim Surah Al-‘Araf: Ayat 73, seperti: ( نَاقَةُ الله ) dan ( بَيْتُ الله ) di dalam Hadis dan lafaz  (رُوْحُ الله) sebagai gelaran Nabi Isa a.s.

Kita masih lagi waras dan percaya bahawa Allah Ta’ala tidak berhajat kepada unta sebagai tunggangan dan tidak berhajat kepada rumah sebagai tempat tinggal dan tidak berhajat kepada roh untuk hidup, semuanya itu adalah makhluk ciptaan Allah Ta’ala, namun nisbah dan idafah yang tersebut adalah untuk memuliakan unta Nabi Soleh A.S. dan untuk memuliakan Ka’abah yang dibina oleh Nabi Ibrahim A.S. dan anaknya Nabi Ismail A.S. juga untuk memuliakan roh ciptaan Allah yang Allah tiupkan ke dalam jasad Nabi Isa A.S.

Sebenarnya kami masih lagi dapat membezakan diantara suara Tuhan dan suara ketuhanan. Barangsiapa yang percaya dan beriktikad Tuhan mempunyai suara seperti makhlukNya telah ijma’ ulama’ ia telah menjadi kafir dan terkeluar daripada Ahli Sunnah Waljamaah kerana menyerupakan Allah Ta’ala dengan yang baharu.

Firman Allah Taala di dalam Surah Syura: Ayat 11.
( لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيْعُ البَصِيْر )
Ertinya: Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia dan Dialah yang Maha mendengar lagi Maha melihat.

Sementara itu suara ketuhanan pula adalah ilham yang dinisbah dan diidafahkan kepada Tuhan sepertimana  yang tersebut di dalam Hadis Abdullah Bin Masud.

Di dalam buku Syeikh Abdul Qader Al-Jilani Radhiallah Anhu yang diterjemahkan oleh Syeikh Abdul Majid Bin Haji Khatib muka surat 74 tulisannya seperti yang berikut: (berkenaan Nabi besar Muhammad s.a.w sendiri memuji Nabi (dirinya sendiri) tetapi perkataan yang disampaikan oleh ilham ketuhanan itu sebenarnya keluar dari mulut Nabi sendiri dan Nabi Muhammad adalah Nabi yang paling Agong sekali. Serupa juga dengan hal ini, perkataan yang diucapkan itu disampaikan oleh ilham ketuhanan dan dicakapkan oleh lidah Syeikh Abdul Qader Al-Jilani sendiri).

Daripada terjemahan yang tersebut kita dapati Syeikh Abdul Majid Bin Haji Khatib dapat membezakan di antara suara Tuhan dengan suara ketuhanan. “Suara Ketuhanan” dalam bahasa arabnya disebut ( hatif ). Hatif adalah sebahagian daripada ilham. Ilham pula ada yang terus daripada Allah Taala dan ada daripada para malaikat. Sebab itulah Syeikh Abdul Majid Bin Haji Khatib terjemahkan didalam bahasa Melayunya dengan ungkapan (ilham ketuhanan).

Muslimin Muslimat yang dirahmati oleh Allah sekalian,

Berkata Imam Syarif Ar-Jurjani Rahimahullah di dalam kitabnya At-Ta’arifat: Pengertian ilham ialah apa yang dicampak di dalam hati dengan cara limpahan. Pendapat yang lain pula berkata satu ilmu yang tercetus di dalam hati dan menyeru supaya beramal dengan tanpa menggunakan ayat sebagai dalil dengan tanpa melihat kepada hujah.

Ilham itu kadang-kadang daripada Allah Ta’ala dan kadang-kadang daripada Malaikat yang dapat difahami daripadanya perintah, tegahan, memberi semangat dan memberi amaran.

Contoh ilham daripada Allah Ta’ala sepertimana yang tersebut di dalam surah Maryam: Ayat 25-26.
( وَهُزِّىْ اِلَيْكِ بِجِذْعِ النَخْلَةِ تُسَاقِطْ عَلَيْكِ رُطَبًا جَنِيًّا * فَكُلِيْ وَشْرَبِيْ وَقَرِّىْ عَيْنًا ).

Ertinya: Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugur buah yang masak kepadamu. Maka makan, minum dan bersenang hatilah kamu.

Dan contoh ilham daripada Malaikat daripada Hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah Bin Mas’ud r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w :
واما لمة الملك فإيعاد بالخير وتصديق بالحق فمن وجد ذالك فليعلم أنه من الله فليحمد الله.
رواه الترمذى.

Ertinya: Adapun lintasan atau ilham daripada Malaikat yang menjanjikan dengan kebaikan dan membenarkan akan kebenaran. Barangsiapa yang mendapati yang demikian itu maka hendaklah dia mengetahui bahawasanya ia daripada Allah maka hendaklah dia memuji Allah.

Namun Allah Ta’ala menegur hamba-hambanya yang soleh yang bersih hati mereka daripada kekotoran dunia dengan berbagai-bagai cara, ada yang Allah tegur dengan هاتف suara ketuhanan dan ada yang Allah Ta’ala tegur dengan فراسة pandangan dengan mata hati dan ada yang Allah Ta’ala tegur mereka dengan خواطر lintasan hati dan ada yang Allah Ta’ala tegur mereka dengan melalui رؤية صالحة mimpi yang baik dan lain-lain lagi seperti mana yang telah ditulis oleh Imam Abu Bakar Al-Kilabazi di dalam kitab: التعرف لمذهب اهل التصوف ,

Muslimin muslimat yang dirahmati Allah sekalian,

Sekiranya Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) perasan bahawa agama Islam itu harta warisan bapa mereka, mereka boleh mengeluarkan sesiapa saja daripada Ahli Sunnah Waljamaah dengan hanya mengikut ukuran ilmu yang cetek ataupun boleh melemparkan dengan tuduhan sesat, kufur, musyrik sewenang-wenangnya, maka mereka bertanggungjawab dihadapan Allah Ta’ala di padang mahsyar kelak kerana mengatakan terkeluar daripada Ahli Sunnah Waljamaah, sesat , kufur dan musyrik kepada Imam-Imam besar Ahli Tasauf dan ‘Auliaillah seperti Imam Junaid Al-Baghdadi, Ibrahim Bin Adham, Rabiatul Adawiyyah Radiallah ‘Anhum Ajmain dan lain-lain lagi.

Di sini kami sajikan kepada pencinta-pencinta kebenaran kisah imam-imam besar ahli tasauf yang mana mereka menyebut perkataaan (hatif) kemudian diterjemahkan oleh penterjemah kitab-kitab tasauf yang terkenal Abdul Majid Bin Haji Khatib dengan terjemahan suara walaupun beliau tidak menyebut perkataan ketuhanan namun mafhumnya adalah suara ketuhanan berdasarkan terjemahan pada tempat yang lain.

Marilah kita bersama-sama mengikuti kisah mereka:

1. Imam Junaid r.a :
Empat puluh tahun berturut-turut lamanya Junaid berjaga sepanjang malam membuat amal ibadat kepada Tuhan, timbullah sombong dan megah pada dirinya yang dia telah mencapai ketinggian dalam bidang kerohanian itu, terdengar olehnya suara yang memberi amaran masanya telah sampai bagimu digelar kafir. Junaid menjerit ‘Allah’ apakah dosaku? Jawab suara itu adakah satu dosa yang lain yang lebih besar daripada kamu mengisbadkan dirimu belum lagi fana’kan diri dan baqa’ bersama Allah. Beliau mengeluh dan terus sujud lalu berkata barangsiapa yang tidak mencapai fana’ dirinya dan baqa’ bersama Allah maka semua kebaikan yang dibuatnya adalah mengandungi dosa.

2. Ibrahim Bin Adham r.a :
Kisah Ibrahim Bin Adham bertemu dengan anak isterinya. Apabila Ibrahim Bin Adham bertemu dengan anaknya maka anaknya memberi salam kepada bapanya, lalu Ibrahim pun memeluk anaknya dan bertanya kepada anaknya itu apakah agamanya? Anaknya menjawab bahawa ia adalah orang Islam, “Tahukah kamu Al-Quran?” Tanya Ibrahim Bin Adham. Jawab anaknya, “Ya!” Tatkala Ibrahim berdiri hendak pergi anaknya terus memeluk beliau dan permaisurinya juga merasa sedih kerana perjumpaan itu sebentar sahaja. Ibrahim Bin Adham diam kemudian ia berdoa, “Aku cinta kepada Mu Ya Allah tidak kepada yang lain”, sebentar itu juga anak itupun menghembuskan nafasnya yang terakhir di dalam pelukan bapanya. Murid-murid Ibrahim Bin Adham terkejut melihat peristiwa itu dan bertanya kepada beliau apakah maksud peristiwa itu? Ibrahim Bin Adham menjawab, “Apabila aku mula-mula memeluk anakku itu perasaan cinta timbul padaku, tiba-tiba aku terdengar suara berkata: Ibrahim! Engkau mengaku cinta seluruhnya kepada-Ku tetapi kenapa engkau cinta pula kepada yang lain? Engkau larang murid-murid mu melihat belia-belia tetapi engkau sendiri bercakap-cakap dengan isteri dan anakmu, buatlah pilihan sama ada cinta kepada-Ku sahaja atau anak dan isterimu. Dengan segera aku berdoa, “Dengarlah rayuanku wahai Tuhan, oleh kerana cinta kepada anak menarik perhatianku daripada-Mu dan tidak mengingat-Mu walau sedetik pun maka lebih baiklah Engkau cabut nyawaku atau nyawanya". Tuhan kabulkan doa Ibrahim lalu nyawa anaknya itupun diambil oleh Allah.

3. Rabiatul ‘Adawiyyah r.a :
Kisah Rabi'atul ‘Adawiyyah pergi ke Ka’abah. Beliau berdoa kepada Allah, “Oh Tuhan, perlihatkanlah diri-Mu kepadaku". Beliau pun berguling di atas tanah dalam perjalanan itu, terdengar suara, “Rabi'ah hati-hatilah jika Aku perlihatkan diri-Ku padamu kamu akan jadi abu”. Rabiah menjawab, “Aku tidak berdaya memandang keagongan dan kebesaran-Mu kurniakanlah kepadaku kefakiran (zahid) yang mulia disisi-Mu.” Terdengar lagi suara berkata, “Kamu tidak sesuai dengan itu, kemuliaan seperti itu dikhaskan untuk kaum lelaki yang menfana’kan diri mereka semasa hidup mereka kerana-Ku”.

Demikianlah serba ringkas penjelasan tentang perbezaan “Wahyu” dengan “Hatif ” (suara ketuhanan). Semoga ia menjadi petunjuk bagi orang yang Allah Ta’ala bukakan hati mereka dan menjadi bertambah gelap atas kegelapan  bagi orang yang Allah Ta’ala tutupkan hati mereka.

Kami sudahi dengan pepatah Arab:
إن الزكي يكتفى بمثال واحد مالا يكتفى الغبي بألف شاهد
Ertinya: Sesungguhnya orang yang pintar itu memadai dengan satu contoh sahaja apa yang tidak memadai oleh orang yang bodoh dengan seribu bukti.

وبالله التوفيق والهداية والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pena,
Nurul Iman
5 Safar 1431H
21 Januari 2010

Last Updated on Saturday, 23 January 2010 00:36
 
Syarahan Maulidurrasul 1430H Syeikh Mahmud Al-Majzub PDF Print E-mail
User Rating: / 9
PoorBest 
Berita - Terbitan
Written by Administrator   
Monday, 28 September 2009 09:38
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين و الصلاة و السلام على حبيبه سيدنا و شفيعنا و مولانا محمد و على آله و أزواجه و أصحابه و أتباعه حملة الدين المتين إلى يوم الدين.
Syarahan Maghrib Syeikh Mahmud Al-Majzub
12 Rabiul awal 1430 H / 8 Mac 2009 M
Sempena Sambutan Majlis Kesyukuran Tamat Latihan Kerohanian Selama 40 Tahun Syeikh Mahmud Al-Majzub.
Madrasah Nurul Iman Hulu Langat.
Kebesaran Allah Dan Rasul
Syukur kita ke hadrat Allah s.w.t yang telah menganugerahkan kepada kita dapat berkumpul pada malam ini serta dapat menyebut kebesaran dan keagunganNya dan juga menyebut kebesaran dan keagungan RasulNya Muhammad s.a.w yang telah membawa kepada kita iman dan yakin terhadap Allah s.w.t.
Malam ini adalah malam yang Allah s.w.t mencurahkan rahmatNya kepada  kita sekelian dengan itu dapatlah kita meraikan (menyambut) majlis perayaan hari kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Dengan kelahiran Rasulullah s.a.w ke dunia terpadamlah api kekufuran dan kesyirikan yang bermaharajalela di muka bumi ini. Semoga dengan kita menyebut kebesaran Allah dan RasulNya pada malam ini akan terpadamlah kesyirikan dan kekufuran yang berada di dalam tubuh badan kita.
Hanya dengan banyak menyebut kalimah لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ  مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللهِ (la ila ha il lallah muhammadur rasulullah) sahaja yang boleh membunuh racun-racun kesyirikan dan kekufuran yang bermaharajalela di dalam setiap individu, ini adalah pandangan saya selaku penasihat perjalanan auliya’.
Togho, Jahil, Sombong!
Kadangkalanya apabila saya lihat sebahagian manusia yang saya bimbing bertahun-tahun tetapi masih tidak berubah disebabkan kesyirikan, kekufuran yang berada di dalam dirinya. Mereka semuanya sombong! Angkuh! Jahil! Mereka tidak sedar yang mereka itu adalah jahil. Mereka tidak mahu mengaku kejahilan yang ada pada mereka. Selepas saya membuat kajian selama 40 tahun, punca mereka ini tidak dapat perubahan dan peningkatan dalam keimanan kerana mereka tidak mahu mengaku togho yang ada pada diri mereka. Mereka tidak mahu mengaku kejahilan yang ada pada diri mereka. Mereka juga tidak mahu mengaku kesombongan yang ada pada diri mereka. Tiga perkara inilah yang membawa seseorang itu ke lembah bencana. Dalam Quran sudah terang menceritakan tentang perkara ini, tetapi mereka tidak mahu membaca apa yang telah Allah s.w.t peringatkan dalam Quran. Mereka semuanya meniru syaitan.
Pada malam ini saya berpesan kepada kamu semua, tolonglah mohon dengan bersungguh-sungguh daripada Allah jalan keluar. Hanya Allah dan RasulNya dan para auliya’Nya yang tahu jalan keluar daripada kesyirikan dan kekufuran. Allah s.w.t telah membimbing dan memberi ilmu kepada Rasulullah s.a.w dan para auliya’ tentang perkara ini. Jadi kamu jangan perasan! Kenapa kamu menjadi orang yang perasan? Pohonlah jalan keluar dengan kebesaran dan keagungan Allah yang telah menjadikan Rasulullah s.a.w dan para auliya’Nya.
Saya nak beri kepada kamu jalan keluar dan untuk meningkat. Sekiranya kamu seorang auliya’ sekalipun mari datang berjumpa saya kerana saya nak tanya pandangan kamu pula.
Kamu tolong ingat punca kamu kena rejam ataupun kena laknat. Puncanya tidak ada lain melainkan kamu meniru Iblis iaitu membantah dan sombong, perkara ini sudah Allah peringatkan dalam Alquran iaitu اَبٰى وَاسْتَكْبَرَ وَ كَانَ مِنَ الكٰفِرِينَ   ”Telah membantahlah iblis dan ia juga menyombongkan diri dan adalah ia termasuk dalam golongan orang-orang yang kafir” (surah Al-Baqarah ayat 34). Perangai kamu sama dengan Iblis tapi kamu lebih teruk daripada dia. Pada Iblis, Tuhan hanya menceritakan dua perkara sahaja kejahatannya iaitu اَبٰى وَاسْتَكْبَرَ  (membantah dan sombong), sedangkan manusia macam-macam yang Allah sebut seperti togho, kanud, jahul, zalum dan berbagai-bagai lagi.
Saya hanya beri nasihat sahaja. Saya bukan hendak apa-apa dari kamu. Saya hanya mahu kamu cuba mencontohi orang yang mendapat rahmat Allah. Saya hanya mengajak kamu jadi hamba Allah sahaja. Bukan ajak kamu jadi selain dari hamba Allah. Kamu pun bukannya kenal orang yang Allah lantik jadi Tok Wali.
Guide
Selagi penyakit ini (perangai Iblis ini) kamu tak rawat sehingga sembuh, kamu jangan ’dok’ perasanlah di bumi Allah ini. Pada permulaan Allah s.w.t anugerahkan jazbahNya kepada saya, saya telah menolak ’guide’ (pembimbing iaitu Khidir a.s) yang Dia hantar kepada saya. Saya tolak juga kedatangan Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani, saya tak terima mereka ini semua sehinggalah saya dengar suara ketuhanan yang berkata kepada saya:
”Kau tak boleh sampai kepada Aku Mahmud melainkan kau kena ikut guide (wasilah).”
Kalau kamu nak sombong (menolak) juga dengan apa yang saya bincangkan, nyah dari sini! Pergilah kamu berjalan mengadap Allah sendiri! Kamu pergi mengadap Tuhan, kamu pergi tanya Tuhan sendiri. Kalau kamu dah kenal Tuhan tak perlulah kamu dengar saya bercakap. Saya bukannya nak paksa kamu ikut saya! Saya hanya mahu kamu sampai Tuhan sahaja! Tapi apa yang saya dengar daripada suara ketuhanan, seseorang itu tak boleh sampai kepada Allah melainkan dengan adanya guide (wasilah). Saya yang majzub pun tak boleh sampai Tuhan melainkan mesti menggunakan guide, apatah kamu yang mahjub (orang yang terhijab)?
Kamu setiap hari bercakap dengan mengikut nafsu kamu. Setiap hari kamu mengikut kejadian air kencing kamu sahaja (kejadian air kencing ialah jasad yang Allah jadikan daripada air yang keluar daripada alat kemaluan lelaki dan wanita). Apa yang kamu ada? Kenapa kamu nak sombong dengan susunan yang telah Allah tetapkan? Ini adalah merupakan ringkasan pengalaman yang saya beri kepada kamu selepas mana saya tunggang-langgang merempuh latihan kerohanian selama 40 tahun.
Fana’
Kesimpulan yang saya dapat ialah selagimana kita terasa kita ada, selama itulah kita menderita. Tuhan tidak bersama kita kerana kita mensyirikkan Dia. Disini perlulah kita bersungguh-sungguh memperbaiki diri kita sehingga kita fana’. Fana’ terbahagi kepada tiga peringkat :
1. فنأ لله (fana’ lillah).
2. فنأ بالله   (fana’ billah).
3. فنأ فى الله(fana’ fillah).
Tetamu Allah
Pada malam ini saya tak bawa zikir seperti malam lain kerana saya menghormati tetamu Allah yang terdiri daripada para auliya’ yang datang ke majlis ini. Kamu bukan tahu mereka hadir tadi, kamu bukannya ahli kasyaf! Saya hanya bawa lafaz zikir:
رَسُول الله لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ  مُحَمَّدٌ  (laa ila ha il lallah muhammadur rasulullah) dan لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ  مُحَمَّدٌ حَبِيبُ الله (laa ila ha il lallah muhammadun habibullah) sahaja kerana menghormati para auliya’ dan para malaikat yang hadir dalam halkah zikir sebentar tadi. Kalau saya lambung zikir tadi ramai yang akan terbang tapi saya tak setuju jadi begitu. Demi menjaga adab dengan para malaikat dan para auliya’ yang hadir saya tak bawa zikir seperti malam biasa.
Saya pun sudah setengah bulan tak dapat datang berjemaah di madrasah ini kerana jasad saya tidak sihat. Tapi pada petang (maghrib) ini الحمد لله   (alhamdulillah) saya dapat datang berjemaah di madrasah ini kerana menghormati para malaikat dan auliya’ yang hadir ke majlis ini. Majlis para malaikat dan auliya’ sudah habis, mereka pun sudah balik. Sebentar lalu halkah zikir yang dianjurkan dalam madrasah ini dihadiri oleh para malaikat dan para auliya’. Perkara ini Rasulullah s.a.w yang menceritakan kepada saya. Saya pun bukan nak persoalkan samada kamu nak percaya atau tidak tentang perkara ini. Yang saya nak persoalkan atau nak bentangkan pengalaman ini kepada orang yang sampai! Adapun orang yang tak sampai, saya bukan nak persoalkan mereka! Biarkanlah mereka! Tujuan yang saya bentang perkara ini dan menganjurkan majlis ini kerana saya hendak tengok sejauh mana dzon kamu terhadap Tuhan, sejauh mana keyakinan kamu terhadap Allah s.w.t di atas pengalaman yang saya rempuhi selama ini dan di dalam menjalankan tugas menggelidah dunia. Yang kamu pula buat kerja apa di atas muka bumi Allah ini? Kamu tolong muhasabah diri kamu sendiri, apa yang kamu lakukan semasa kamu hidup di dunia ini. Saya pun bukan nak ambil tahu kerja kamu, saya hanya buat kerja saya sahaja.
Alhamdulillah majlis kita pun sudah selesai. Malam ini saya akan mengadakan jamuan makan tanda kesyukuran kepada Allah. Saya pun sebenarnya tak tahu majlis ini akan berjalan macam mana tapi selepas saya berhentikan zikir, mereka (tetamu Allah dari kalangan para malaikat dan ahlullah) pun pulang. Mereka hadir kerana meraikan abad 15 Hijrah ini. Jadi dalam memahami masalah rahsia ini siapa yang tahu? Tujuan saya membentang rahsia ini kerana saya hendak tahu berapa orang yang Allah s.w.t membuka mata hati dan berapa ramai pula yang buta mata hati. Orang yang buta mata hati ini saya tak buat kira bicara.
Syeikh Muhammad Gambia
Saya bersyukur ke hadrat Allah kerana sedikit sebanyak dalam memahami rahsia perjalanan kami ini Syeikh Muhammad Gambia telah dapat memahami perkara ini selepas mana saya beri teguran kepada beliau dahulu. Beliau telah datang ke majlis ini sebagai tetamu Allah dari Gambia. Allah s.w.t telah menganugerahkan kepada beliau kefahaman tentang rahsia ini. Tujuan saya beri teguran dan pandangan tidak lain melainkan mahu manusia faham. Saya mengajar dia dan orang lain sama sahaja, tetapi orang lain tidak mahu cuba mengambil faham, saya nak buat macam mana lagi? Saya hanya boleh beri dorongan dan nasihat sahaja.
Dzon Dengan Tuhan
Saya dulu mengaji pun begitu juga. Perkara ini bukan boleh kita nak faham dengan otak kita dan dengan kejadian kita yang Allah s.w.t jadikan dari air yang hina. Ianya hanya semata-mata jazbah daripada Allah, Dia sahaja yang buka perkara ini kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Selagi mana kita masih bergelumang dengan kejadian yang Tuhan jadikan dari air kencing (mani) yang hina selama itulah kita tak akan dapat memahami rahsia ini. Jangan-jangan air kencing (air mani) yang dijadikan kamu itu adalah air kencing kera atau beruk (maksud di sini ialah bapa dan ibu itu berperangai dengan perangai kera atau beruk atau haiwan atau apa sahaja perangai yang tidak muafakat dengan Rasulullah s.a.w yang Allah bangkitkan sebagai ikutan yang baik.) Rahsia ini bukan boleh difaham dengan air kencing beruk! Anak Tok Wali pun tak boleh dapat rahsia ini, anak Nabi dan Rasul pun tak boleh melainkan orang yang Allah kehendaki sahaja! Apatah kamu yang bapaknya perangai macam keldai sahaja? Walaupun begitu, janganlah kita berfikiran begini, tetapi hendaklah kita memandang keluasan rahmat Tuhan yang Maha kaya. Hendaklah kita semua memperbaik dzon masing-masing terhadap Allah. Walau kita dijadikan dari air kencing siapa pun, walau kita dari air kencing beruk mana pun tetapi hendaklah kita jaga dzon kita terhadap Allah. Kamu mengajilah sehingga sampai ke situ. Permantapkan dzon kita dengan Tuhan semoga dengan itu Dia akan menjernihkan segala kekeruhan yang ada pada kita dan rentap kita ke hadratNya yang suci. Dia Tuhan!
Kamu pula tak mahu memperbaiki dzon kamu dengan Tuhan, benda lain yang masuk dalam diri kamu, ilmu yang saya beri tak masuk. Peringkat permulaan untuk memperbaik dzon mestilah berpegang dengan syariat dan toriq. Selepas mana saya buat permerhatian selama ini di dalam keseluruhan dunia, kesimpulan yang saya dapat ialah kita mestilah husnul dzon dengan Allah. Selagimana seseorang itu masih mengikut dzon asal kejadiannya yang Allah jadikan daripada air yang hina selama itulah dia tidak akan dapat memahami rahsia yang Allah amanahkan kepada para nabi, rasul dan aulia’Nya. Saya berharap agar orang yang mahu mengikut atur cara perjalanan kami tolong perbaik dzon.
Alhamdulillah pada malam ini tamatlah latihan saya dan Rasulullah s.a.w sendiri yang merasmikan tamatnya latihan saya selama 40 tahun. Besoknya adalah hari permulaan saya menjalankan tugas. Allah s.w.t pun telah membuka kepada saya tentang kedudukan dunia di hari ini. Saya dapat melihat bagaimana perancangan Yahudi sekarang ini yang cuba hendak menghancurkan kebangkitan Islam di zaman ini justeru daripada itu saya akan menyusun kabinet untuk menghadapi segala bentuk halangan kebangkitan di zaman ini. Boleh jadi saya pun akan banyak keluar dunia dan saya nampak saya akan pergi ke Afghanistan, Iraq dan Palestin untuk menyusun peperangan di dalam menghadapi strategi Yahudi. Ini adalah merupakan tugas yang besar bagi saya adapun masalah dalam negara Malaysia ini merupakan masalah yang remeh bagi saya kerana yang ada di sini semuanya puak-puak bodoh sahaja.
Ketua Sami
Di dalam menghadapi gejolak yang melanda dunia di hari ini saya tidak jemu-jemu cuba memberi pandangan demi pandangan semoga dengan itu adalah orang yang mahu menerima kebaikan yang saya anjurkan. Pada hari Selasa nanti kamu akan dapat lihat orang-orang yang mahu bersama dengan saya di dalam cuba mewujudkan keamanan dan menentang kezaliman. Kamu akan lihat seorang ketua sami buddha di Asia ini akan hadir dalam majlis anjuran saya. Cuba kamu fikir dengan mendalam dalam perkara ini seorang sami pun Tuhan buka untuk melihat kebesaran dan keagunganNya di atas tapak kaki ”Muhyiddin.” Dia sanggup datang ke negara ini walaupun dia tidak berapa sihat kerana hendak hadir bersama dalam majlis saya, dia bukan Islam tetapi kesanggupannya lebih daripada orang Islam. Kamu janganlah nak fikir perkara ini dengan air kencing! Saya pun tak pandai nak fikir dan nak buat macama mana tetapi Allah s.w.t yang buka kepada saya.
Malam besok dia akan sampai kerana dia ada perbincangan dengan orang-orang tertentu. Itu adalah kerja dia, kerja dunia dan saya tak kesah dengan kerja dia tetapi walaupun begitu dunia yang dia nak buat itu saya kena tengok. Jadi janganlah kita hendak pandai-pandai nak memperkatakan tentang perkara ini, kalau kita bercakap juga ia akan terkeluar dari garisan. Kamu jangan nak campur aduk dalam masalah ini! Saya lagi menjauhkan diri dari campur tangan dalam perkara ini. Pada permulaan saya bertemu dengan dia di Bangkok, saya pun tak perasan yang pertemuan itu di dalam ”ketik” (Kuil). Ini adalah ilmu yang saya nak ajar kepada kamu bagaimana cara hendak tenggelam dalam kebesaran Tuhan. Yang kamu pula tenggelam dalam ’tahik kamu’, dalam air kencing kamu! Sudahlah kamu tu dari air kencing kera! Duduk bergelumang dalam air kencing ajelah kamu. Jadi di sini kamu hendaklah patuh dengan susunan yang telah digariskan guru.
Pada tahun 1965 salah seorang guru saya telah Allah kaffarahkan dengan penyakit ”chula” (sejenis penyakit kulit seperti terkena air panas atau sayur yang dicelur air panas) kerana dia pergi mengadap Raja Siam. Semasa mengadap itu dia duduk bawah dan raja itu duduk atas, inilah cara permainan jin ifrit. Akhirnya dia mati disebabkan penyakit itu. Ketika itu umur saya sekitar 22 tahun dan Allah s.w.t telah memberi saya ingat tentang kejadian itu. Sejak itu saya pun berasa takut juga sekiranya saya menempuh ujian sebegitu dan akhirnya perkara yang saya bimbang itu berlaku juga kepada saya. Allah s.w.t mempertemukan saya dengan jin ifrit itu. Walaupun begitu ianya berlaku selepas saya tamat latihan. Pada masa pertemuaan itu saya lihat yang sami itu keluar daripada biliknya dengan pakainnya, dengan ifritnya, di kala itu juga saya pun tenggelam dalam lautan kebesaran Tuhan. Saya pun fana’ dengan Allah, fana’ ul fana’, fana’ fillah. Bila saya tenggelam dalam lautan kebesaran Tuhan dia pun kena tunduk pada saya. Tujuan saya menceritakan perkara ini supaya kamu jangan pelik bila melihat ketua sami datang ke majlis saya pada hari Selasa nanti.
Kamu tak tahu nak fana’! Kamu bodoh! Tujuan dia datang kerana nak bekerjasama dengan saya dalam menentang kezaliman. Dia pernah kata kepada saya: ”Syeikh jaga orang Islam dan dia akan menjaga orang buddhist.” Dia kata lagi yang orang politik ini jahat, demokrasi inilah yang membuat kekacauan di muka bumi. Seorang sami buddha pun faham yang demokrasi ini jahat. Jadi saya dan dia hanya bekerjasama di dalam menentang demokrasi tidak lebih dari itu. Tujuan saya menceritakan perkara ini agar kamu jangan terkeliru dalam masalah ini. Kamu jangan jahat adab dengan Tuhan! Jangan kurang ajar dengan Tuhan!
Kamu tolong beri perhatian yang mendalam terhadap pandangan saya ini selaku orang yang Allah tundukkan sami di bawah saya. Kamu ada apa? Saya hanya hamba Allah sahaja. Saya pun bukannya jemput dia tapi pasal Dr. Bhokin (bekas menteri kehakiman Thailand) seorang muridnya datang, dia pun nak datang sekali. Jadi dalam masalah ini kamu pun tak boleh nak faham sebagaimana dia faham dalam memandang keagungan Tuhan. Tapi kenapa kamu loyar buruk dengan Tuhan pula? Saya tak loyar buruk dengan Tuhan. Saya tak soal dia Islam atau tidak, masalah ini kena tanya Tuhan, saya hanya hamba Tuhan. Yang kamu pula nak pandai-pandai kenapa? Kamu nak jadi Tuhan ? Sedarlah diri yang kita adalah hamba !
Saya tak tahu apa yang Tuhan nak buat, saya tak campur tangan dalam kerja Tuhan. Cuma apa yang Tuhan buka kepada saya yang Dia menundukkan sami di bawah saya. Allah s.w.t tundukkan sami di bawah RahimNya adapun pada sami itu Dia bukakan RahmanNya. Tujuan saya buka rahsia yang halus ini pada kamu supaya kamu jangan curiga dengan amanah Allah. Saya tak mahu kamu kurang ajar dengan makhluk Allah. Saya berasa pelik dengan kamu yang perasan, berasa kamu lebih dari orang lain. Saya tak macam itu, saya nak jadi hamba Tuhan aje. Allah s.w.t telah anugerahkan saya berpeluk dengan sami tu, saya tak rasa apa cuma saya tenggelam memandang kebesaran Dia, masyaAllah Dia Tuhan! Sami itu cukup kasih dengan saya.
Allah s.w.t mempertemukan saya dengan sami ini adalah dengan susunanNya yang maha rapi. Setiap apa yang Allah lakukan itu mengandungi hikmah. Saya pun tak tahu apa yang Allah s.w.t nak buat, saya hanyalah hambaNya. Ikut suka Dialah apa yang Dia nak buat, Dia Tuhan. Tujuan saya mengajar kamu ilmu ini agar kamu semua menjadi hamba Allah.
Apabila saya merenung dan melihat kebesaran Allah masya Allah bermacam-macam yang Dia anugerahkan kepada saya. Saya jadi malu pada Dia, Dia Tuhan. Ini adalah pengalaman saya di dalam merempuh perjalanan hamba-hambaNya yang muqarrabin, orang lain saya mana tahu pengalaman mereka.
Halkah Zikir
Alhamdulillah pada malam ini saya berasa segar sedikit, sebelum ini sudah lima belas hari saya tak keluar rumah kerana jasad saya uzur. Pada malam ini saya dapat datang madrasah memimpin halkah zikir dan saya pun tidak mahu pada malam ini malam 12 Rabi ’ul awwal, kamu semua berzikir dalam kecamuk sebab pada malam ini tetamu Allah ramai yang hadir. Jadi terpaksalah saya membimbing halkah zikir pada malam ini kerana untuk menyesuaikan dengan para tetamu Allah.
Untuk menyesuaikan dengan tetamu Allah saya hanya bawa lafaz kalimah لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ  مُحَمَّدٌ رَسُولُ الله (la ila ha il lallah muhammadurrasullah) sahaja dalam halkah zikir sebentar tadi. Kalau saya bawa  لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ (la ila ha il lallah) sahaja tadi boleh jadi ada yang terbang tapi saya tak buat begitu kerana ianya masih bercampur aduk. Bila bercampur aduk dia akan merosakkan halkah zikir. Punca bercampur aduk pasal air kencing kera banyak dalam sel-sel kejadian kamu. Sebab itu kamu macam kera suka melompat sana dan melompat sini. Sebab itulah juga halkah zikir tidak dapat bersesuaian dengan susunan para ahlullah walaupun kamu dah lama berzikir. Kadangkala kamu masih berontak dengan dorongan tekanan perasaan kamu pasal zikir tak masuk dalam sel-sel kamu. Puncanya ialah kerana kesyirikan dan kekufuran masih ada dalam sel-sel badan kamu. Benda ini melambatkan, saya nak kata cepat macam mana pun tak pandai. Oleh kerana hidup manusia ini mengikut tekanan darah, terpengaruh dengan perasaan basyariah, inilah yang dikatakan lambat. Lambat nak sampai mutmainnah. Kalau air kencing itu dari air kencing mutmainnah tidak banyak masalah tapi ini dari bapak yang punah-ranah. Sebab itulah pada malam ini saya bawa halkah zikir dengan laa ila ha il lallah muhammadurrasullah dan laa ila ha il lallah muhammadun habibullah jadi terkawallah halkah.
Allah, Rasul Dan Auliya’
Saya cuma minta kepada orang yang ada himmah yang mempunyai hati yang baik agar memohon daripada Allah petunjuk dan bimbingan sebagaimana yang telah Dia anugerahkan kepada para nabi, rasul dan aulia’Nya. Saya hanya boleh beri nasihat dan perangsang kepada kamu sahaja. Hendaklah kita juga sentiasa ingat hanya Allah dan rasulNya dan aulia’Nya sahaja yang tahu. Janganlah kita hendak campur tangan dalam masalah ini dengan sel-sel air kencing yang belum diproses lagi dengan syariat dan tarekat yang sampai kepada hakikat dan makrifat. Selagimana kamu berpegang dengan formula ini kamu tidak akan disesatkan oleh iblis dan kuncu-kuncunya.
Kewalian
Pengajaran yang saya terima daripada Allah ialah hanya Allah dan RasulNya dan para aulia’Nya sahaja yang tahu. Pangkat kewalian adalah satu perkara khususiah yang berasingan dengan jasad orang yang menyandang pangkat itu. Ianya seperti baju yang kita pakai, baju bukanlah sebahagian daripada anggota tubuh badan kita. Pakaian boleh kita buka dan kita sangkut ke penyangkut baju atau dalam almari. Oleh itu janganlah kita tersangkut atau terhijab dengan jasad yakni daging darah kita. Daging darah kita ini penuh dengan zulmah kerana ia bernajis dan ianya Allah jadikan daripada air yang hina. Justeru itu perlulah kita memproses daging darah kita dahulu, hendaklah kita membasuhnya dengan istighfar, selawat dan zikir.  Selagimana kita masih melakukan perkara yang bercanggah dengan Allah itu menunjukkan badan kita masih najis. Sebab itulah dalam perjalanan yang saya terima dari guru saya Tok Ayah Said Qaddasallahu sirrah, kita baca
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ  مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللهِ فىِ كُلِّ لَمْحَةٍ  وَ نَفَسٍ عَدَدَ مَا وَ سِعَهُ عِلْمُ اللهِ   (Tiada Tuhan yang maujud yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan zat Allah Taala sahaja,Muhammad itu ialah seorang utusan Allah Taala, aku berikrar, mengaku serta mengingatinya di tiap-tiap detik dan pernafasanku sebilang-bilang pencakupan ilmu Allah s.w.t.) Tujuan wirid ini dibaca supaya menjadi padan dengan setiap sel dan bulu roma yang ada pada tubuh badan kita. Selagimana setiap bulu roma yang ada dalam badan kita tidak tunduk kepada kebesaran Allah, masih melakukan perkara yang bercangah denganNya selama itulah kita tidak akan dapat merasai kemanisan kehambaan kepada Allah sepertimana para ahlullah yang muqarrabin.
وَاللهُ وَ رَسُولُهُ وَ أَولِيَاءُهُ أَعْلَمُ
(Hanya Allah, Rasul Dan Para Aulinya Sahaja Yang Tahu)
Peringatan Penting
Telah dimula dan disudahi penyusunan syarahan ini dengan rahmat Allah dengan keberkatan mukjizat Rasulullah s.a.w dan para aulia’ yang dibangkitkan di abad ini.
Sekiranya para pembaca menemui sebarang kemusykilan dengan isi kandungan syarahan ini hendaklah merujuk terus dengan Syeikh Mahmud Al-Majzub. Janganlah kita membuat sebarang andaian dengan berpandukan ilmu dan akal kita yang masih diselubungi kekerohan hawa nafsu. Ini adalah kerana ilmu yang terdapat dalam syarahan ini merupakan ilmu kesufian dan kerohanian yang mana ianya tidak boleh difahami selagimana kita terikat dengan kejinan dan kemanusian.
A.J.K penulisan syarahan memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kesalahan dari segi teknikal. Kepada Allah jualah kita memohon keampunan, taufik dan hidayah.

Last Updated on Wednesday, 30 September 2009 15:28
 
« StartPrev123NextEnd »

Page 1 of 3

Informasi

ayah_cry

Penyatuan orang mukmin dengan air mata (menangis kerana mengenangkan keagungan Tuhan). Penyatuan orang yang tak mukmin dengan gelak ketawa.

Banner