





![]() | Today | 101 |
![]() | Yesterday | 187 |
![]() | This week | 288 |
![]() | Last week | 1518 |
![]() | This month | 3273 |
![]() | Last month | 6275 |
![]() | All | 44624 |
| Rundingan Damai Selatan Thai |
|
|
|
| Berita - Aktiviti | |||
| Written by Administrator | |||
| Friday, 03 July 2009 18:59 | |||
|
Sempena ulangtahun ke-3 kerjasama antara ketua agama Islam, Buddha dan Kristian dalam usaha meredakan ketegangan dan permusuhan di empat wilayah selatan Thailand (Pattani, Narathiwat, Yala, Satun).
Syeikh Mahmud al-Majzub bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mustafa Kamil Ayub, Dr. Badrul Amin serta rombongan disambut Jenderal Phicait Wisaijon, ketua pasukan tentera wilayah Selatan Thailand di Tak Bai, Narathiwat dan menaiki helikopter khas tentera dari Tak Bai ke Yala.
Di Yala, rombongan disambut oleh Praprom Wachirayan (Ketua Sami Buddha yang terkemuka di Bangkok), Joseph Pran (Ketua Paderi Katholik Surat Thani), dan Suriyad (ahli NGO Envoy for Peace).
Sekitar 500 hadirin majoriti Muslim mendengar nasihat dan ucapan berhimpun di dewan sederhana tersebut. Intisarinya adalah mencari perdamaian, menolak keganasan dan kezaliman serta membina muafakat berdasarkan prinsip keadilan yang diajar oleh agama masing-masing.
Sheikh Mahmud dengan nada keras menolak tindakan kejam lalu dan menempelak kalangan mereka yang menggunakan hujah agama untuk mempertahankan keganasan. Ketua Sami juga menegaskan bahawa beliau komited dengan agenda perdamaian, menolak penyelesaian bersenjata atau berbentuk ketenteraan.
![]() Jenderal dan Timbalannya mengakui keterlanjuran pihak tentera sebelum ini termasuk pembunuhan imam dan muslim di selatan Thailand. Pendekatan kini adalah dengan mendampingi rakyat dan mengikut perintah Raja untuk memperkasa ekonomi rakyat. Antara aktiviti yang dimuatkan dalam majlis tersebut termasuklah taklimat & latihan pertanian moden kepada wakil penduduk terutamanya umat Islam.
|
|||
| Last Updated on Sunday, 29 November 2009 04:05 |

Penyatuan orang mukmin dengan air mata (menangis kerana mengenangkan keagungan Tuhan). Penyatuan orang yang tak mukmin dengan gelak ketawa.

|
|