





![]() | Today | 76 |
![]() | Yesterday | 229 |
![]() | This week | 769 |
![]() | Last week | 1467 |
![]() | This month | 2236 |
![]() | Last month | 6275 |
![]() | All | 43587 |
| Ziarah Afrika 2009 |
|
|
|
| Berita - Aktiviti | |||
| Written by Administrator | |||
| Friday, 03 July 2009 18:52 | |||
|
Pada 13 - 23 April 2009 Syeikh Mahmud bersama beberapa orang muridnya telah melawat beberapa buah Negara di Afrika Selatan iaitu Senegal, Kenya, Tanzania.
Disana, beliau telah menemui pemimpin Tarekat Qodiriyyah di Negara Senegal bernama Mohammad Amin (Mouhamadou Lamine Bara Mbacké) yang merupakan abang kepada Mahmud Bamba seorang ahli perniagaan terkenal di sana. Tarekat ini telah bertapak lama di sana hasil perjuangan Syeikh Ahmad Bamba.
Mahmud Bamba bersama Syeikh Mahmud
Di Pulau Zanzibar,Tanzania, Orang ramai meraikan kehadiran Syeikh Mahmud dengan zikir & selawat walaupun beliau sampai lewat tengah malam.
Syeikh Mahmud memimpin halaqah zikir yang turut dihadiri oleh Qadhi Besar pulau Zanzibar.
Semasa lawatan ini Syeikh Mahmud diiringi oleh Syeikh Muhammad Hydara (Gambia) yang merupakan tokoh sufi termasyhur dirantau benua Afrika. Syeikh Muhammad Hydra merupakan seorang berketurunan Syeikh Abdul Qadir Jilani.
(Khalifah Tarekat di Pulau Tumbatu, Zanzibar - no.3 dari kiri)
Syeikh Mahmud juga berkesempatan menziarahi Pulau Tumbatu (pulau kecil disebelah pulau Zanzibar) dan melihat penghayatan Islam dan kesufian yang telah bertapak lama di sana. Walaupun kawasan pulau adalah kecil dan ekonomi masyarakat tidak memberansangkan, tetapi kaum muslimin di sana sangat gemar dan rajin beribadah serta berzikir, baik orang tua mahupun kanak-kanak, lelaki dan perempuan.
Semasa Syeikh Mahmud sampai di pulau Tumbatu, orang ramai berarak menyambut dan mengiringi Syeikh Mahmud ke masjid. Mereka berzikir dan berselawat tanda bersyukur kepada Allah Ta'ala atas kunjungan Syeikh Mahmud. Mereka berbisik sesama mereka dengan menyebut sebagai "Tuan Guru datang, Tuan Guru datang"
Semasa lawatan kali ini, Syeikh Mahmud banyak menangis. Apabila ditanya kenapa Syeikh menangis, beliau menjawab "hancur hati kepada Allah"
|
|||
| Last Updated on Sunday, 16 August 2009 14:19 |

Penyatuan orang mukmin dengan air mata (menangis kerana mengenangkan keagungan Tuhan). Penyatuan orang yang tak mukmin dengan gelak ketawa.

|
|