بسم الله الرحمن الرحيم
PERBEZAAN ANTARA WAHYU DAN HATIF (SUARA KETUHANAN)
Jawapan terhadap fitnah JAIS terhadap pemimpin Madrasah Nurul Iman ; Pendokong Tarikat Ahmadiah Qadiriah, Syeikh Mahmud Al-Majzub.
Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam, Selawat dan Salam kepada Rasul junjungan Nabi Muhammad S.A.W. dan kepada keluarganya, sahabatnya dan orang-orang yang mengikuti mereka sehingga kehari pembalasan.
Firman Allah Taala: Di dalam surah Al-Bakarah : Ayat 191:
(وَالْفِتْنَةُ أَشَدُّ مِنَ الْقَتْلِ )
Ertinya: Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan.
Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah Ta’ala sekalian, pada hari Rabu, 20 Januari 2010, kita di Selangor khususnya dan di Malaysia amnya telah gempar dengan satu fitnah yang dibuat oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor; (JAIS), melalui akhbar Sinar Harian dan lain-lain.
Di dalam akhbar tersebut dinyatakan bahawa pemimpin Madrasah Nurul Iman ataupun pendokong Tarikat Ahmadiah Qadiriah, Syeikh Mahmud Al-Majzub mendakwa beliau menerima wahyu daripada Allah. Fitnah ini dibuat ekoran daripada majlis muzakarah di antara Syeikh Mahmud Al-Majzub dengan pihak (JAIS), pada 19 Januari 2010. Dalam pertemuan itu pihak Jabatan Agama Islam Selangor bertanya berdasarkan maklumat yang tertulis di dalam buku Sejarah Hidup Syeikh Mahmud Al-Majzub.
Di dalamnya tertulis bahawa Syeikh Mahmud Al-Majzub berkata, “Saya mendengar (suara ketuhanan)”. Daripada kata-kata inilah pihak Jabatan Agama Islam Selangor cuba putar-belitkan kenyataan dengan berkata bahawa Syeikh Mahmud Al-Majzub mendakwa bahawa beliau menerima wahyu daripada Allah.
Justeru kami sebagai pengikut setia Syeikh Mahmud Al-Majzub terpanggil untuk menjawab segala tuduhan fitnah yang besar ini demi kesejahteraan akidah umat Islam sekalian. Walaupun Jabatan Agama Islam Selangor adalah satu badan kerajaan yang bertanggungjawab memelihara kesucian akidah umat Islam tetapi mereka sendiri yang cuba memutar belitkan kenyataan dan mengelirukan orang ramai.
Muslimin muslimat yang dirahmati Allah sekalian,
Sebenarnya pengertian “Wahyu” dan “Suara Ketuhanan” adalah dua perkataan yang jauh berbeza seperti langit dengan bumi. Betapa lucunya ‘alim ulama’ yang bertanggungjawab menjaga kesucian akidah umat Islam, mereka tidak tahu membezakan di antara intan dan kaca, lalu yang benar mereka katakan sesat dan yang sesat mereka katakan benar.
Berkata ‘alim ulama’ di dalam kitab tauhid, pengertian wahyu ialah kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. dengan perantaraan Jibril a.s. Kita sebagai umat Islam di Malaysia, berpegang teguh kepada akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang dipelopori oleh Imam Abu Hassan Al-Asyari. Kita percaya dan beriktikad dengan keseluruhan sifat 20 yang wajib bagi Allah Ta’ala. Di antaranya ialah sifat kalam (كلام). Maknanya ialah Allah berkata-kata.
Firman Allah Ta’ala di dalam surah An-Nisa: Ayat 164.
( وَكَلَّمَ اللهُ مُوْسَى تَكْلِيْمًا )
Ertinya: Dan Allah telah berkata-kata kepada Musa a.s. dengan secara langsung.
Iaitu kata-kata Allah yang tidak bersuara ,tidak berhuruf, tidak berpihak. Pihak kanan tidak, pihak kiri pun tidak. Pihak atas tidak, pihak bawah pun tidak. Pihak depan tidak, pihak belakang pun tidak, pihak tengah pun tidak. Tidak ada bagaimana dan tidak ada macammana. Hanya Allah Ta’ala sahaja yang mengetahui hakikatnya.
Berkata Imam Fakhruddin Ar-Razi Rahimahullah: Ada wahyu yang datang dengan makna ilham seperti mana yang tersebut di dalam surah Al-Khasas : Ayat 7.
( وَأَوْحَيْنَا اِلَى أُمِّ مُوْسَى )
Ertinya: Dan kami ilhamkan kepada Ibu Musa a.s.
Begitu juga berkata Imam Alusi di dalam Tafsir Ruhul Ma’ani di dalam surah An-Nahlu: Ayat 68.
( وَأَوْحَى رَبُّكَ اِلَى النَّحْلِ )
Ertinya: Dan Tuhanmu telah mengilhamkan kepada lebah.
Sementara itu “Suara Ketuhanan” adalah perkataan arab yang diterjemahan ke Bahasa Melayu. Perkataan arabnya adalah berbunyi “Hatif”. Hatif merupakan salah satu cabang daripada cabang ilham. Oleh kerana suara hatif itu menyuruh buat kebaikan tetapi yang menyuruhnya kita tidak tahu sesiapa maka kita nisbahkan ataupun idafahkan daripada Allah Ta’ala sebagai nisbah ataupun idafat tashrifiyyah.
Firman Allah Ta’ala di dalam surah An-Nisa: Ayat 79.
( مَا أَصَابَكَ مِنْ حَسَنَةٍ فَمِنَ الله )
Ertinya: Apa saja nikmat kebaikan yang kamu perolehi adalah daripada Allah.
Contoh nisbah atau idafah tashrifiyyah banyak terdapat di dalam Al-Quran Al-Karim Surah Al-‘Araf: Ayat 73, seperti: ( نَاقَةُ الله ) dan ( بَيْتُ الله ) di dalam Hadis dan lafaz (رُوْحُ الله) sebagai gelaran Nabi Isa a.s.
Kita masih lagi waras dan percaya bahawa Allah Ta’ala tidak berhajat kepada unta sebagai tunggangan dan tidak berhajat kepada rumah sebagai tempat tinggal dan tidak berhajat kepada roh untuk hidup, semuanya itu adalah makhluk ciptaan Allah Ta’ala, namun nisbah dan idafah yang tersebut adalah untuk memuliakan unta Nabi Soleh A.S. dan untuk memuliakan Ka’abah yang dibina oleh Nabi Ibrahim A.S. dan anaknya Nabi Ismail A.S. juga untuk memuliakan roh ciptaan Allah yang Allah tiupkan ke dalam jasad Nabi Isa A.S.
Sebenarnya kami masih lagi dapat membezakan diantara suara Tuhan dan suara ketuhanan. Barangsiapa yang percaya dan beriktikad Tuhan mempunyai suara seperti makhlukNya telah ijma’ ulama’ ia telah menjadi kafir dan terkeluar daripada Ahli Sunnah Waljamaah kerana menyerupakan Allah Ta’ala dengan yang baharu.
Firman Allah Taala di dalam Surah Syura: Ayat 11.
( لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيْعُ البَصِيْر )
Ertinya: Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia dan Dialah yang Maha mendengar lagi Maha melihat.
Sementara itu suara ketuhanan pula adalah ilham yang dinisbah dan diidafahkan kepada Tuhan sepertimana yang tersebut di dalam Hadis Abdullah Bin Masud.
Di dalam buku Syeikh Abdul Qader Al-Jilani radiallah anhu yang diterjemahkan oleh Syeikh Abdul Majid Bin Haji Khatib muka surat 74 tulisannya seperti yang berikut: (berkenaan Nabi besar Muhammad s.a.w sendiri memuji Nabi (dirinya sendiri) tetapi perkataan yang disampaikan oleh ilham ketuhanan itu sebenarnya keluar dari mulut Nabi sendiri dan Nabi Muhammad adalah Nabi yang paling Agong sekali. Serupa juga dengan hal ini, perkataan yang diucapkan itu disampaikan oleh ilham ketuhanan dan dicakapkan oleh lidah Syeikh Abdul Qader Al-Jilani sendiri).
Daripada terjemahan yang tersebut kita dapati Syeikh Abdul Majid Bin Haji Khatib dapat membezakan di antara suara Tuhan dengan suara ketuhanan. “Suara Ketuhanan” dalam bahasa arabnya disebut ( hatif ). Hatif adalah sebahagian daripada ilham. Ilham pula ada yang terus daripada Allah Taala dan ada daripada para malaikat. Sebab itulah Syeikh Abdul Majid Bin Haji Khatib terjemahkan didalam bahasa Melayunya dengan ungkapan (ilham ketuhanan).
Muslimin Muslimat yang dirahmati oleh Allah sekalian,
Berkata Imam Syarif Ar-Jurjani Rahimahullah di dalam kitabnya At-Ta’arifat: Pengertian ilham ialah apa yang dicampak di dalam hati dengan cara limpahan. Pendapat yang lain pula berkata satu ilmu yang tercetus di dalam hati dan menyeru supaya beramal dengan tanpa menggunakan ayat sebagai dalil dengan tanpa melihat kepada hujah.
Ilham itu kadang-kadang daripada Allah Ta’ala dan kadang-kadang daripada Malaikat yang dapat difahami daripadanya perintah, tegahan, memberi semangat dan memberi amaran.
Contoh ilham daripada Allah Ta’ala sepertimana yang tersebut di dalam surah Maryam: Ayat 25-26.
( وَهُزِّىْ اِلَيْكِ بِجِذْعِ النَخْلَةِ تُسَاقِطْ عَلَيْكِ رُطَبًا جَنِيًّا * فَكُلِيْ وَشْرَبِيْ وَقَرِّىْ عَيْنًا ).
Ertinya: Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugur buah yang masak kepadamu maka makan, minum dan bersenang hatilah kamu.
Dan contoh ilham daripada Malaikat daripada Hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah Bin Mas’ud r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w :
واما لمة الملك فإيعاد بالخير وتصديق بالحق فمن وجد ذالك فليعلم أنه من الله فليحمد الله.
رواه الترمذى.
Ertinya: Adapun lintasan atau ilham daripada Malaikat yang menjanjikan dengan kebaikan dan membenarkan akan kebenaran. Barangsiapa yang mendapati yang demikian itu maka hendaklah dia mengetahui bahawasanya ia daripada Allah maka hendaklah dia memuji Allah.
Namun Allah Ta’ala menegur hamba-hambanya yang soleh yang bersih hati mereka daripada kekotoran dunia dengan berbagai-bagai cara, ada yang Allah tegur dengan هاتف suara ketuhanan dan ada yang Allah Ta’ala tegur dengan فراسة pandangan dengan mata hati dan ada yang Allah Ta’ala tegur mereka dengan خواطر lintasan hati dan ada yang Allah Ta’ala tegur mereka dengan melalui رؤية صالحة mimpi yang baik dan lain-lain lagi seperti mana yang telah ditulis oleh Imam Abu Bakar Al-Kilabazi di dalam kitab:
التعرف لمذهب اهل التصوف ,
Muslimin muslimat yang dirahmati Allah sekalian,
Sekiranya Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) perasan bahawa agama Islam itu harta warisan bapa mereka, mereka boleh mengeluarkan sesiapa saja daripada Ahli Sunnah Waljamaah dengan hanya mengikut ukuran ilmu yang cetek ataupun boleh melemparkan dengan tuduhan sesat, kufur, musyrik sewenang-wenangnya, maka mereka bertanggungjawab dihadapan Allah Ta’ala di padang mahsyar kelak kerana mengatakan terkeluar daripada Ahli Sunnah Waljamaah, sesat , kufur dan musyrik kepada Imam-Imam besar Ahli Tasauf dan ‘Auliaillah seperti Imam Junaid Al-Baghdadi, Ibrahim Bin Adham, Rabiatul Adawiyyah Radiallah ‘Anhum Ajmain dan lain-lain lagi.
Di sini kami sajikan kepada pencinta-pencinta kebenaran kisah imam-imam besar ahli tasauf yang mana mereka menyebut perkataaan (hatif) kemudian diterjemahkan oleh penterjemah kitab-kitab tasauf yang terkenal Abdul Majid Bin Haji Khatib dengan terjemahan suara walaupun beliau tidak menyebut perkataan ketuhanan namun mafhumnya adalah suara ketuhanan berdasarkan terjemahan pada tempat yang lain.
Marilah kita bersama-sama mengikuti kisah mereka:
1. Imam Junaid r.a : Empat puluh tahun berturut-turut lamanya Junaid berjaga sepanjang malam membuat amal ibadat kepada Tuhan, timbullah sombong dan megah pada dirinya yang dia telah mencapai ketinggian dalam bidang kerohanian itu, terdengar olehnya suara yang memberi amaran masanya telah sampai bagimu digelar kafir. Junaid menjerit ‘Allah’ apakah dosaku? Jawab suara itu adakah satu dosa yang lain yang lebih besar daripada kamu mengisbadkan dirimu belum lagi fana’kan diri dan baka’ bersama Allah. Beliau mengeluh dan terus sujud lalu berkata barangsiapa yang tidak mencapai fana’ dirinya dan baka’ bersama Allah maka semua kebaikan yang dibuatnya adalah mengandungi dosa.
2. Ibrahim Bin Adham r.a : Kisah Ibrahim Bin Adham bertemu dengan anak isterinya. Apabila Ibrahim Bin Adham bertemu dengan anaknya maka anaknya memberi salam kepada bapanya, lalu Ibrahim pun memeluk anaknya dan bertanya kepada anaknya itu apakah agamanya? Anaknya menjawab bahawa ia adalah orang Islam, “Tahukah kamu Al-Quran?” Tanya Ibrahim Bin Adham. Jawab anaknya, “Ya!” Tatkala Ibrahim berdiri hendak pergi anaknya terus memeluk beliau dan permaisurinya juga merasa sedih kerana perjumpaan itu sebentar sahaja. Ibrahim Bin Adham diam kemudian ia berdoa, “Aku cinta kepada Mu Ya Allah tidak kepada yang lain”, sebentar itu juga anak itupun menghembuskan nafasnya yang terakhir di dalam pelukan bapanya. Murid-murid Ibrahim Bin Adham terkejut melihat peristiwa itu dan bertanya kepada beliau apakah maksud peristiwa itu? Ibrahim Bin Adham menjawab, “Apabila aku mula-mula memeluk anakku itu perasaan cinta timbul padaku, tiba-tiba aku terdengar suara berkata: Ibrahim! Engkau mengaku cinta seluruhnya kepada-Ku tetapi kenapa engkau cinta pula kepada yang lain? Engkau larang murid-murid mu melihat belia-belia tetapi engkau sendiri bercakap-cakap dengan isteri dan anakmu, buatlah pilihan sama ada cinta kepada-Ku sahaja atau anak dan isterimu. Dengan segera aku berdoa, “dengarlah rayuanku wahai Tuhan, oleh kerana cinta kepada anak menarik perhatianku daripada-Mu dan tidak mengingat-Mu walau sedetik pun maka lebih baiklah Engkau cabut nyawaku atau nyawanya.” Tuhan kabulkan doa Ibrahim lalu nyawa anaknya itupun diambil oleh Allah.
3. Rabiatul ‘Adawiyyah r.a : Kisah Rabiatul ‘Adawiyyah pergi ke Ka’abah. Beliau berdoa kepada Allah, “Oh Tuhan, perlihatkanlah diri-Mu kepadaku.” Beliau pun berguling di atas tanah dalam perjalanan itu, terdengar suara, “Rabiah hati-hatilah jika Aku perlihatkan diri-Ku padamu kamu akan jadi abu”. Rabiah menjawab, “Aku tidak berdaya memandang keagongan dan kebesaran-Mu kurniakanlah kepadaku kefakiran (zahid) yang mulia disisi-Mu.” Terdengar lagi suara berkata, “Kamu tidak sesuai dengan itu, kemuliaan seperti itu dikhaskan untuk kaum lelaki yang menfana’kan diri mereka semasa hidup mereka kerana-Ku”.
Demikianlah serba ringkas penjelasan tentang perbezaan “Wahyu” dengan “Hatif ” (suara ketuhanan). Semoga ia menjadi petunjuk bagi orang yang Allah Ta’ala bukakan hati mereka dan menjadi bertambah gelap atas kegelapan bagi orang yang Allah Ta’ala tutupkan hati mereka.
Kami sudahi dengan pepatah Arab:
إن الزكي يكتفى بمثال واحد مالا يكتفى الغبي بألف شاهد
Ertinya: Sesungguhnya orang yang pintar itu memadai dengan satu contoh sahaja apa yang tidak memadai oleh orang yang bodoh dengan seribu bukti.
وبالله التوفيق والهداية والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Pena, Tarikh: 21 Januari 2010
Nurul Iman
بسم الله الرحمن الرحيم
PERBEZAAN ANTARA WAHYU DAN HATIF (SUARA KETUHANAN)
Jawapan terhadap fitnah JAIS terhadap pemimpin Madrasah Nurul Iman ; Pendokong Tarikat Ahmadiah Qadiriah, Syeikh Mahmud Al-Majzub.
Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam, Selawat dan Salam kepada Rasul junjungan Nabi Muhammad S.A.W. dan kepada keluarganya, sahabatnya dan orang-orang yang mengikuti mereka sehingga ke hari pembalasan.
Firman Allah Ta'ala: Di dalam surah Al-Baqarah : Ayat 191:
(وَالْفِتْنَةُ أَشَدُّ مِنَ الْقَتْلِ )
Ertinya: Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan.
Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah Ta’ala sekalian, pada hari Rabu, 20 Januari 2010, kita di Selangor khususnya dan di Malaysia amnya telah gempar dengan satu fitnah yang dibuat oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor; (JAIS), melalui akhbar Sinar Harian dan lain-lain.
Di dalam akhbar tersebut dinyatakan bahawa pemimpin Madrasah Nurul Iman ataupun pendokong Tarikat Ahmadiah Qadiriah, Syeikh Mahmud Al-Majzub mendakwa beliau menerima wahyu daripada Allah. Fitnah ini dibuat ekoran daripada majlis muzakarah di antara Syeikh Mahmud Al-Majzub dengan pihak (JAIS), pada 19 Januari 2010. Dalam pertemuan itu pihak Jabatan Agama Islam Selangor bertanya berdasarkan maklumat yang tertulis di dalam buku Sejarah Hidup Syeikh Mahmud Al-Majzub.
Di dalamnya tertulis bahawa Syeikh Mahmud Al-Majzub berkata, “Saya mendengar (suara ketuhanan)”. Daripada kata-kata inilah pihak Jabatan Agama Islam Selangor cuba putar-belitkan kenyataan dengan berkata bahawa Syeikh Mahmud Al-Majzub mendakwa bahawa beliau menerima wahyu daripada Allah.
Justeru kami sebagai pengikut setia Syeikh Mahmud Al-Majzub terpanggil untuk menjawab segala tuduhan fitnah yang besar ini demi kesejahteraan akidah umat Islam sekalian. Walaupun Jabatan Agama Islam Selangor adalah satu badan kerajaan yang bertanggungjawab memelihara kesucian akidah umat Islam tetapi mereka sendiri yang cuba memutar belitkan kenyataan dan mengelirukan orang ramai.
Muslimin muslimat yang dirahmati Allah sekalian,
Sebenarnya pengertian “Wahyu” dan “Suara Ketuhanan” adalah dua perkataan yang jauh berbeza seperti langit dengan bumi. Betapa lucunya ‘alim ulama’ yang bertanggungjawab menjaga kesucian akidah umat Islam, mereka tidak tahu membezakan di antara intan dan kaca, lalu yang benar mereka katakan sesat dan yang sesat mereka katakan benar.
Berkata ‘alim ulama’ di dalam kitab tauhid, pengertian wahyu ialah kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. dengan perantaraan Jibril a.s. Kita sebagai umat Islam di Malaysia, berpegang teguh kepada akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang dipelopori oleh Imam Abu Hassan Al-Asyari. Kita percaya dan beriktikad dengan keseluruhan sifat 20 yang wajib bagi Allah Ta’ala. Di antaranya ialah sifat kalam (كلام). Maknanya ialah Allah berkata-kata.
Firman Allah Ta’ala di dalam surah An-Nisa: Ayat 164.
( وَكَلَّمَ اللهُ مُوْسَى تَكْلِيْمًا )
Ertinya: Dan Allah telah berkata-kata kepada Musa a.s. dengan secara langsung.
Iaitu kata-kata Allah yang tidak bersuara ,tidak berhuruf, tidak berpihak. Pihak kanan tidak, pihak kiri pun tidak. Pihak atas tidak, pihak bawah pun tidak. Pihak depan tidak, pihak belakang pun tidak, pihak tengah pun tidak. Tidak ada bagaimana dan tidak ada macammana. Hanya Allah Ta’ala sahaja yang mengetahui hakikatnya.
Berkata Imam Fakhruddin Ar-Razi Rahimahullah: Ada wahyu yang datang dengan makna ilham seperti mana yang tersebut di dalam surah Al-Qasas : Ayat 7.
( وَأَوْحَيْنَا اِلَى أُمِّ مُوْسَى )
Ertinya: Dan kami ilhamkan kepada Ibu Musa a.s.
Begitu juga berkata Imam Alusi di dalam Tafsir Ruhul Ma’ani di dalam surah An-Nahl: Ayat 68.
( وَأَوْحَى رَبُّكَ اِلَى النَّحْلِ )
Ertinya: Dan Tuhanmu telah mengilhamkan kepada lebah.
Sementara itu “Suara Ketuhanan” adalah perkataan arab yang diterjemahan ke Bahasa Melayu. Perkataan arabnya adalah berbunyi “Hatif”. Hatif merupakan salah satu cabang daripada cabang ilham. Oleh kerana suara hatif itu menyuruh buat kebaikan tetapi yang menyuruhnya kita tidak tahu sesiapa maka kita nisbahkan ataupun idafahkan daripada Allah Ta’ala sebagai nisbah ataupun idafat tashrifiyyah.
Firman Allah Ta’ala di dalam surah An-Nisa: Ayat 79.
( مَا أَصَابَكَ مِنْ حَسَنَةٍ فَمِنَ الله )
Ertinya: Apa saja nikmat kebaikan yang kamu perolehi adalah daripada Allah.
Contoh nisbah atau idafah tashrifiyyah banyak terdapat di dalam Al-Quran Al-Karim Surah Al-‘Araf: Ayat 73, seperti: ( نَاقَةُ الله ) dan ( بَيْتُ الله ) di dalam Hadis dan lafaz (رُوْحُ الله) sebagai gelaran Nabi Isa a.s.
Kita masih lagi waras dan percaya bahawa Allah Ta’ala tidak berhajat kepada unta sebagai tunggangan dan tidak berhajat kepada rumah sebagai tempat tinggal dan tidak berhajat kepada roh untuk hidup, semuanya itu adalah makhluk ciptaan Allah Ta’ala, namun nisbah dan idafah yang tersebut adalah untuk memuliakan unta Nabi Soleh A.S. dan untuk memuliakan Ka’abah yang dibina oleh Nabi Ibrahim A.S. dan anaknya Nabi Ismail A.S. juga untuk memuliakan roh ciptaan Allah yang Allah tiupkan ke dalam jasad Nabi Isa A.S.
Sebenarnya kami masih lagi dapat membezakan diantara suara Tuhan dan suara ketuhanan. Barangsiapa yang percaya dan beriktikad Tuhan mempunyai suara seperti makhlukNya telah ijma’ ulama’ ia telah menjadi kafir dan terkeluar daripada Ahli Sunnah Waljamaah kerana menyerupakan Allah Ta’ala dengan yang baharu.
Firman Allah Taala di dalam Surah Syura: Ayat 11.
( لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيْعُ البَصِيْر )
Ertinya: Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia dan Dialah yang Maha mendengar lagi Maha melihat.
Sementara itu suara ketuhanan pula adalah ilham yang dinisbah dan diidafahkan kepada Tuhan sepertimana yang tersebut di dalam Hadis Abdullah Bin Masud.
Di dalam buku Syeikh Abdul Qader Al-Jilani Radhiallah Anhu yang diterjemahkan oleh Syeikh Abdul Majid Bin Haji Khatib muka surat 74 tulisannya seperti yang berikut: (berkenaan Nabi besar Muhammad s.a.w sendiri memuji Nabi (dirinya sendiri) tetapi perkataan yang disampaikan oleh ilham ketuhanan itu sebenarnya keluar dari mulut Nabi sendiri dan Nabi Muhammad adalah Nabi yang paling Agong sekali. Serupa juga dengan hal ini, perkataan yang diucapkan itu disampaikan oleh ilham ketuhanan dan dicakapkan oleh lidah Syeikh Abdul Qader Al-Jilani sendiri).
Daripada terjemahan yang tersebut kita dapati Syeikh Abdul Majid Bin Haji Khatib dapat membezakan di antara suara Tuhan dengan suara ketuhanan. “Suara Ketuhanan” dalam bahasa arabnya disebut ( hatif ). Hatif adalah sebahagian daripada ilham. Ilham pula ada yang terus daripada Allah Taala dan ada daripada para malaikat. Sebab itulah Syeikh Abdul Majid Bin Haji Khatib terjemahkan didalam bahasa Melayunya dengan ungkapan (ilham ketuhanan).
Muslimin Muslimat yang dirahmati oleh Allah sekalian,
Berkata Imam Syarif Ar-Jurjani Rahimahullah di dalam kitabnya At-Ta’arifat: Pengertian ilham ialah apa yang dicampak di dalam hati dengan cara limpahan. Pendapat yang lain pula berkata satu ilmu yang tercetus di dalam hati dan menyeru supaya beramal dengan tanpa menggunakan ayat sebagai dalil dengan tanpa melihat kepada hujah.
Ilham itu kadang-kadang daripada Allah Ta’ala dan kadang-kadang daripada Malaikat yang dapat difahami daripadanya perintah, tegahan, memberi semangat dan memberi amaran.
Contoh ilham daripada Allah Ta’ala sepertimana yang tersebut di dalam surah Maryam: Ayat 25-26.
( وَهُزِّىْ اِلَيْكِ بِجِذْعِ النَخْلَةِ تُسَاقِطْ عَلَيْكِ رُطَبًا جَنِيًّا * فَكُلِيْ وَشْرَبِيْ وَقَرِّىْ عَيْنًا ).
Ertinya: Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugur buah yang masak kepadamu. Maka makan, minum dan bersenang hatilah kamu.
Dan contoh ilham daripada Malaikat daripada Hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah Bin Mas’ud r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w :
واما لمة الملك فإيعاد بالخير وتصديق بالحق فمن وجد ذالك فليعلم أنه من الله فليحمد الله.
رواه الترمذى.
Ertinya: Adapun lintasan atau ilham daripada Malaikat yang menjanjikan dengan kebaikan dan membenarkan akan kebenaran. Barangsiapa yang mendapati yang demikian itu maka hendaklah dia mengetahui bahawasanya ia daripada Allah maka hendaklah dia memuji Allah.
Namun Allah Ta’ala menegur hamba-hambanya yang soleh yang bersih hati mereka daripada kekotoran dunia dengan berbagai-bagai cara, ada yang Allah tegur dengan هاتف suara ketuhanan dan ada yang Allah Ta’ala tegur dengan فراسة pandangan dengan mata hati dan ada yang Allah Ta’ala tegur mereka dengan خواطر lintasan hati dan ada yang Allah Ta’ala tegur mereka dengan melalui رؤية صالحة mimpi yang baik dan lain-lain lagi seperti mana yang telah ditulis oleh Imam Abu Bakar Al-Kilabazi di dalam kitab: التعرف لمذهب اهل التصوف ,
Muslimin muslimat yang dirahmati Allah sekalian,
Sekiranya Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) perasan bahawa agama Islam itu harta warisan bapa mereka, mereka boleh mengeluarkan sesiapa saja daripada Ahli Sunnah Waljamaah dengan hanya mengikut ukuran ilmu yang cetek ataupun boleh melemparkan dengan tuduhan sesat, kufur, musyrik sewenang-wenangnya, maka mereka bertanggungjawab dihadapan Allah Ta’ala di padang mahsyar kelak kerana mengatakan terkeluar daripada Ahli Sunnah Waljamaah, sesat , kufur dan musyrik kepada Imam-Imam besar Ahli Tasauf dan ‘Auliaillah seperti Imam Junaid Al-Baghdadi, Ibrahim Bin Adham, Rabiatul Adawiyyah Radiallah ‘Anhum Ajmain dan lain-lain lagi.
Di sini kami sajikan kepada pencinta-pencinta kebenaran kisah imam-imam besar ahli tasauf yang mana mereka menyebut perkataaan (hatif) kemudian diterjemahkan oleh penterjemah kitab-kitab tasauf yang terkenal Abdul Majid Bin Haji Khatib dengan terjemahan suara walaupun beliau tidak menyebut perkataan ketuhanan namun mafhumnya adalah suara ketuhanan berdasarkan terjemahan pada tempat yang lain.
Marilah kita bersama-sama mengikuti kisah mereka:
1. Imam Junaid r.a :
Empat puluh tahun berturut-turut lamanya Junaid berjaga sepanjang malam membuat amal ibadat kepada Tuhan, timbullah sombong dan megah pada dirinya yang dia telah mencapai ketinggian dalam bidang kerohanian itu, terdengar olehnya suara yang memberi amaran masanya telah sampai bagimu digelar kafir. Junaid menjerit ‘Allah’ apakah dosaku? Jawab suara itu adakah satu dosa yang lain yang lebih besar daripada kamu mengisbadkan dirimu belum lagi fana’kan diri dan baqa’ bersama Allah. Beliau mengeluh dan terus sujud lalu berkata barangsiapa yang tidak mencapai fana’ dirinya dan baqa’ bersama Allah maka semua kebaikan yang dibuatnya adalah mengandungi dosa.
2. Ibrahim Bin Adham r.a :
Kisah Ibrahim Bin Adham bertemu dengan anak isterinya. Apabila Ibrahim Bin Adham bertemu dengan anaknya maka anaknya memberi salam kepada bapanya, lalu Ibrahim pun memeluk anaknya dan bertanya kepada anaknya itu apakah agamanya? Anaknya menjawab bahawa ia adalah orang Islam, “Tahukah kamu Al-Quran?” Tanya Ibrahim Bin Adham. Jawab anaknya, “Ya!” Tatkala Ibrahim berdiri hendak pergi anaknya terus memeluk beliau dan permaisurinya juga merasa sedih kerana perjumpaan itu sebentar sahaja. Ibrahim Bin Adham diam kemudian ia berdoa, “Aku cinta kepada Mu Ya Allah tidak kepada yang lain”, sebentar itu juga anak itupun menghembuskan nafasnya yang terakhir di dalam pelukan bapanya. Murid-murid Ibrahim Bin Adham terkejut melihat peristiwa itu dan bertanya kepada beliau apakah maksud peristiwa itu? Ibrahim Bin Adham menjawab, “Apabila aku mula-mula memeluk anakku itu perasaan cinta timbul padaku, tiba-tiba aku terdengar suara berkata: Ibrahim! Engkau mengaku cinta seluruhnya kepada-Ku tetapi kenapa engkau cinta pula kepada yang lain? Engkau larang murid-murid mu melihat belia-belia tetapi engkau sendiri bercakap-cakap dengan isteri dan anakmu, buatlah pilihan sama ada cinta kepada-Ku sahaja atau anak dan isterimu. Dengan segera aku berdoa, “Dengarlah rayuanku wahai Tuhan, oleh kerana cinta kepada anak menarik perhatianku daripada-Mu dan tidak mengingat-Mu walau sedetik pun maka lebih baiklah Engkau cabut nyawaku atau nyawanya". Tuhan kabulkan doa Ibrahim lalu nyawa anaknya itupun diambil oleh Allah.
3. Rabiatul ‘Adawiyyah r.a :
Kisah Rabi'atul ‘Adawiyyah pergi ke Ka’abah. Beliau berdoa kepada Allah, “Oh Tuhan, perlihatkanlah diri-Mu kepadaku". Beliau pun berguling di atas tanah dalam perjalanan itu, terdengar suara, “Rabi'ah hati-hatilah jika Aku perlihatkan diri-Ku padamu kamu akan jadi abu”. Rabiah menjawab, “Aku tidak berdaya memandang keagongan dan kebesaran-Mu kurniakanlah kepadaku kefakiran (zahid) yang mulia disisi-Mu.” Terdengar lagi suara berkata, “Kamu tidak sesuai dengan itu, kemuliaan seperti itu dikhaskan untuk kaum lelaki yang menfana’kan diri mereka semasa hidup mereka kerana-Ku”.
Demikianlah serba ringkas penjelasan tentang perbezaan “Wahyu” dengan “Hatif ” (suara ketuhanan). Semoga ia menjadi petunjuk bagi orang yang Allah Ta’ala bukakan hati mereka dan menjadi bertambah gelap atas kegelapan bagi orang yang Allah Ta’ala tutupkan hati mereka.
Kami sudahi dengan pepatah Arab:
إن الزكي يكتفى بمثال واحد مالا يكتفى الغبي بألف شاهد
Ertinya: Sesungguhnya orang yang pintar itu memadai dengan satu contoh sahaja apa yang tidak memadai oleh orang yang bodoh dengan seribu bukti.
وبالله التوفيق والهداية والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Pena,
Nurul Iman
5 Safar 1431H
21 Januari 2010